Padah Cuai, Dua Pegawai Bola Sepak Indonesia Dipenjara Setahun

pegawai bola sepak indonesia

Padah Cuai, Dua Pegawai Bola Sepak Indonesia Dipenjara Setahun

Mahkamah Indonesia telah menjatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun kepada pegawai perlawanan bola sepak di Indonesia pada Khamis, lapor CNA.

Menurut laporan, pegawai tersebut didapati bersalah kerana bersikap cuai semasa berlaku rempuhan yang menyebabkan kematian selepas tamat perlawanan bola sepak.

Perlawanan derby Oktober 2022 di Malang, Jawa Timur antara Arema FC dan Persebaya Surabaya berakhir dengan tragedi apabila 135 penonton dilaporkan terbunuh semasa rempuhan berlaku.

Difahamkan, ramai bertindak untuk merempuh antara satu sama lain ketika mereka melarikan diri untuk keluar selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Hakim Abu Achmad Shiddqi Hamsya menetapkan pegawai terbabit bersalah kerana kecuaiannya membawa padah kepada orang ramai.

“Dia didapati bersalah kerana kecuaiannya menyebabkan penonton mati dan cedera parah,” kata Abu Achmad semasa perbicaraan di Mahkamah Surabaya.

Pegawai terbabit kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama setahun setengah.

Dalam pada itu, hakim juga mendapati pegawai keselamatan bersalah kerana kesalahan yang sama dan dipenjarakan selama setahun.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit bekerja untuk pasukan Arema FC. Selepas kejadian, mereka dilarang untuk terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan bola sepak seumur hidup.

BACA: Sembilan Terbunuh Dalam Tragedi Rempuhan Ambang Tahun Baru Di Uganda

Tindakan itu telah dibuat oleh persekutuan bola sepak negara selepas melihat kecuaian mereka membawa maut.

Siasatan oleh suruhanjaya hak asasi manusia Indonesia mendapati punca utama rempuhan itu adalah disebabkan pihak polis yang melepaskan 45 das tembakan gas pemedih mata.

Polis menghalakan gas itu kepada orang ramai walaupun badan induk dunia bola sepak FIFA telah mengharamkan penggunaannya di stadium.

Pengharaman itu dibuat susulan sebagai langkah keselamatan orang ramai yang berada di padang bola ketika perlawanan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa berkata stadium ketika perlawanan itu telah penuh dan ia melebihi kapasiti yang ditetapkan.

Hukuman tidak setimpal – Bapa mangsa

Kedua-dua wakil pegawai perlawanan tersebut berkata mereka akan mengkaji keputusan mahkamah sebelum langkah undang-undang dibuat.

Bagaimanapun bapa seorang mangsa menyifatkan keputusan mahkamah itu adalah tidak setimpal dengan perkara yang dibuat.

“Bagaimana hukuman itu begitu ringan?” katanya sambil menambah hukuman lebih berat akan memberi kelegaan kepada anaknya.

Tiga pegawai polis turut didakwa atas kesalahan yang sama dan kes mereka akan diputuskan kemudian.

Sumber: CNA

The post Padah Cuai, Dua Pegawai Bola Sepak Indonesia Dipenjara Setahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*