Tak Sempat Buka Puasa, Lelaki Maut Dalam Kemalangan

Tak Sempat Buka Puasa, Lelaki Maut Dalam Kemalangan

KUALA SELANGOR– Seorang lelaki dilaporkan maut apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk di sini, pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Tidak sempat berbuka puasa, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.15 petang melibatkan mangsa berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Mangsa pada ketika itu sedang dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menghala ke Pasir Penambang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata bahawa mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan.

“Mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lalu hilang kawalan dan terbabas menyebabkannya terjatuh berdekatan sebuah treler yang melalui laluan sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya lagi, mangsa dilanggar oleh treler terbabit selepas tidak sempat mengelak.

Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang parah.

BACA: Penghantar Makanan Didakwa Bakar Motosikal Skuter Depan Suria KLCC

Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, seorang guru besar Sekolah Kebangsaan Tok Bali maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuh kereta di kilometer 12 Jalan Pasir Puteh, Machang baru-baru ini.

Mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, sebelum kejadian berlaku, seorang pemandu wanita berusia 20 tahun dalam dalam perjalanan dari Machang ke Pasir Puteh telah melalui jalan tersebut.

BACA JUGA: Hampir Dua Juta Kenderaan Dijangka Masuk Negeri Sebelah Utara Menjelang Aidilfitri

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun yang berada dibelakangnya telah hilang kawalan. Lalu melanggar kereta wanita terbabit di bahagian sisi kiri.

“Akibat pelanggaran itu, menyebabkan kereta dipandu wanita berkenaan hilang kawalan. Lalu memasuki laluan bertentangan serta merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Zaizul, wanita itu dipercayai telah merempuh mangsa selepas dia tidak sempat untuk mengelak.

Susulan itu, polis telah menahan pemandu lori tersebut untuk menjalankan siasatan. Hasil pemeriksaan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methampetamine.

Sumber: Sinar Harian 

The post Tak Sempat Buka Puasa, Lelaki Maut Dalam Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*