Gara-gara lori muatan batu terundur, enam kereta rosak di Jerantut

JERANTUT: Gara-gara sebuah lori tiba-tiba terundur ke belakang menyebabkan enam buah kereta mengalami kerosakan akibat dilanggar kenderaan berat itu dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Jerantut – Lipis berdekatan Bukit Atap, Kuala Tembeling di sini.

Dalam kejadian pukul 8.50 pagi hari ini, kenderaan yang rosak, dua buah Proton Saga, Toyota Vios (dua buah) dan Perodua Myvi serta Honda.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, siasatan mendapati, kejadian berpunca apabila sebuah lori muatan batu dari arah Jerantut dalam perjalanan ke Lipis sedang menaiki bukit yang dikenali sebagai Bukit Atap.

“Apabila tiba di pertengahan bukit, tiba-tiba enjin lori berkenaan hilang kuasa dan terundur sehingga melanggar enam buah kereta yang mengikuti dari arah belakang.

“Kejadian ini hanya melibatkan kerosakan kenderaan terlibat sahaja, tetapi tidak melibatkan kecederaan pemandu dan penumpang kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mazlan, kebanyakan enam buah kereta berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan, iaitu bumper dan fender kemik, lampu besar hadapan pecah cermin sisi kanan patah, pintu kemek dan kerosakan lain masih dalam siasatan, manakala lori jenis Rigid-Dumper/Tripper berkenaan mengalami kerosakan bahagian belakang.

Katanya, kejadian itu berlaku di jalan lurun, mendaki bukit, satu lorong dua hala, garisan berkembar di tengah, kaki lima jalan tidak berturap, manakala keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering.

Katanya, kemalangan ini diklasifikasikan di bawah Peraturan 17 LN 166/59.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya Jerantut – Lipis supaya berwaspada ketika melalui laluan berbukit khususnya kenderaan berat supaya memastikan peralatan enjin diselenggara dengan sempurna. – UTUSAN

The post Gara-gara lori muatan batu terundur, enam kereta rosak di Jerantut appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*