Filem Anwar: The Untold Story Trending Di Twitter Pagi Ini

anwar the untold story trending

Filem Anwar: The Untold Story Trending Di Twitter Pagi Ini

Filem Anwar: The Untold Story telah menjadi topik ‘hangat’ atau trending di media sosial pada pagi ini selepas tayangan perdananya dilancarkan di Dadi Cinema, Pavilion, semalam.

Tayangan perdana filem tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar yang ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan lebih 250 tetamu kehormat termasuk tokoh politik, memetik Awani.

Filem itu dibintangi pelakon tempatan popular, Farid Kamil Zahari yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak sebagai Dr Wan Azizah.

BACA: Terlanggar PM Anwar, Elizabeth Tan Mohon Maaf

Review orang ramai

Menjengah di laman Twitter, rata-rata ramai yang menghadiri tayangan itu meminta orang ramai untuk menonton filem itu sejurus ia ditayangkan di pawagam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau turut membantu dalam pembikinan skrip filem tersebut.

Katanya, dia tidak susah untuk menyempurnakannya kerana dirinya sendiri menjadi ‘saksi hidup’ semasa fenomena Reformasi yang berlaku pada 2 September 1998.

“Semua segar dalam ingatan. Tentang perjuangan seorang tokoh melawan rasuah dan membela rakyat.

“Semasa filem ini dilakukan pengambaran Anwar Ibrahim belum menjawat Perdana Menteri.

“Moga filem ini memberi inspirasi kepada pecinta keadilan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman merasakan tayangan selama satu jam 48 minit adalah tidak mencukupi oleh kerana jalan penceritaannya yang bagus.

“Lakonan Acha Septriasa sebagai Kak Wan (Dr Wan Azizah) memang love. Filem ni satu jam 48 minit, tapi rasa tidak puas,”

Kredit: Twitter

Dia turut memberi rate sebanyak lapan per sepuluh (8/10) selepas menonton filem itu.

Selain itu, pengguna Twitter Farhan Zulkefly, berkata dia tidak boleh membayangkan perasaan Perdana Menteri sekeluarga apabila menonton kisah hidup mereka.

Baginya, kisah tersebut mampu menyentuh perasaan susulan ia adalah kejadian sebenar.

Adam Yusuf mengatakan filem itu adalah berbaloi untuk ditonton kerana jalan penceritaannya yang bagus yang menceritakan mengenai perjuangan reformasi.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang hadir semasa tayangan semalam mengatakan beliau merasa sebak apabila menonton filem itu.

“Melihat semula perjalanan penuh liku Dato’ Seri Anwar dimainkan membuatkan kami semua sebak, apatah lagi ahli keluarga beliau yang menonton.

“Saya sarankan rakan-rakan untuk turun ke pawagam pada 18 Mei ini untuk saksikan tayangan hari pertama filem ini,” ujarnya.

Mampu mencecah kutipan dua angka

Lasamana Tarong, menerusi ciapan mengatakan filem Anwar itu mampu mencecah angka yang besar.

Jelasnya, selepas tamat tayangan perdana, laungan reformasi didengari dalam pawagam.

Ada juga berkata bahawa filem tersebut akan menjadi filem viral pada tahun ini susulan dengan sambutan yang menggalakkan semasa tayangan perdana.

Sementara itu, Rashid Yusoff berpendapat filem Anwar menekankan mengenai perjuangan melawan rasuah.

“Filem Anwar: The Untold Story adalah sebuah karya yang mesti diceritakan kepada semua rakyat tentang perjuangan melawan rasuah,” katanya.

Dia turut berkongsi kepada umum laungan reformasi kedengaran di Pavilion semasa ketibaan Anwar dan Dr Wan Azizah.

Detik-detik Perdana Menteri @anwaribrahim tiba di tayangan perdana Anwar: The Untold Story disambut dengan laungan reformasi oleh pengunjung-pengunjung di Pavilion,” ujarnya.

Ramai yang tertanya-tanya berkenaan dengan filem tersebut dan sesetengah mereka tidak sabar untuk menonton ia di pawagam.

Selain daripada jalan penceritaan yang mampu membuatkan ramai tersentuh, warga maya juga menyukai original soundtrack (OST) yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Difahamkan, filem itu menceritakan mengenai perjalanan hidup dan perjuangan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa tahun 1993 dan 1998.

Ia juga menelan perbelanjaan sebanyak RM10 juta.

Filem itu akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 18 Mei ini.

Sumber: Twitter, Awani

The post Filem Anwar: The Untold Story Trending Di Twitter Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*