Rakaman 4 Lelaki Bertopeng Rompak Kedai Jam Rolex Di Tokyo Tular Di Media Sosial

rompak kedai rolex tokyo

Rakaman 4 Lelaki Bertopeng Rompak Kedai Jam Rolex Di Tokyo Tular Di Media Sosial

Sebuah kedai jam mewah Rolex di daerah beli-belah di Ginza, Tokyo dilaporkan telah dirompak oleh tiga lelaki yang mencuri sejumlah jam tangan sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta pada Isnin lalu, lapor Kyodo News.

Video memaparkan detik-detik rompakan tersebut yang dirakam oleh orang awam turut menjadi tular di media sosial.

Menurut sumber, polis telah berjaya menahan tiga lelaki di Quark Ginza 888 kira-kira jam 6:15 petang selepas rompakan tersebut dilakukan.

Polis kemudiannya menahan seorang lagi lelaki yang dipercayai rakan jenayah, kata sumber penyiasat.

Empat lelaki itu juga ditahan pada hari yang sama kerana pecah masuk sebuah lagi bangunan lain di Wad Minato Tokyo, tambah sumber itu lagi.

Menurut polis Tokyo, perompak itu telah mengacu pisau ke arah seorang kerani jualan lelaki berusia 30-an.

Mereka juga turut membuat ugutan kepadanya dengan berkata “turun, atau kami akan dibunuh.”

Pecahkan bilik pameran sebelum mengambil sejumlah jam tangan

Perompak itu kemudiannya memecah masuk ke dalam bilik pameran dengan objek seperti tuil besi sebelum mengambil jam tangan itu.

Kerani jualan lelaki itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedai jam tangan mewah ini terletak di jalan yang dipenuhi dengan deretan kedai jenama mewah lain sekitar 300 meter dari Stesen Shimbashi.

Seorang wanita dalam lingkungan 50-an dari Wad Adachi Tokyo yang membeli belah di kawasan itu menyatakan perasaan terkejutnya.

Dia sempat berkata: “Saya fikir (Ginza) adalah tempat yang selamat.”

BACA: Tiga Pencuri Pecah Masuk Kedai & Larikan Lebih 200 Kasut Kaki Kanan Diburu Polis

Terdahulu, seramai tiga individu dikesan memecah masuk sebuah kedai kasut di tengah bandar Huancayo di Peru. Perompak itu berjaya melarikan lebih 200 kasut bahagian kaki kanan, lapor New York Post.

Rompakan yang didakwa sebagai sia-sia itu telah menyebabkan kerugian lebih daripada USD13,000 (RM57,00).

Menurut laporan itu lagi, pencuri mungkin akan berdepan dengan masalah sukar untuk mencari pembeli, melainkan mereka yang tidak mempunyai kaki kiri.

Rakaman CCTV berjaya merakam perbuatan jenayah tiga pencuri itu yang telah memecah masuk pada tengah malam dan menggunakan basikal tiga roda.

“Kami telah mengumpul bukti di tempat kejadian.

“Perkara luar biasa mengenai rompakan ini adalah kasut yang dicuri hanya untuk kaki kanan sahaja,” kata Ketua Polis tempatan, Eduan Diaz kepada media tempatan.

Polis juga percaya bahawa dengan rakaman dan cap jari perompak yang diperolehi, perompak pasti akan diberkas.

@bens_social_club

Tokyo’s Ginza Watch Shop Robbers Caught! #tokyoginza #tokyo #ginza #watchrobbery #robbery #viral #benssocialclub #fypシ #fyp #foryourpage #tiktok

♬ original sound – Bens_Social_Club – Bens_Social_Club

Sumber: Kyodo News

The post Rakaman 4 Lelaki Bertopeng Rompak Kedai Jam Rolex Di Tokyo Tular Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*