Gempa Bumi Turki: Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh

Istana Gaziantep Berusia 2200 Tahun Runtuh

Gempa Bumi Turki: Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh

Istana bersejarah Gaziantep di Turkiye yang berusia 2,200 tahun dilapor runtuh akibat gegaran gempa bumi berkekuatan 7.4 magnitud yang melanda negara itu hari ini.

Menurut Daily Sabah, pusat gempa di daerah Pazarcık, Kahramanmaraş telah menyebabkan istana bersejarah berkenaan runtuh walaupun terdapat beberapa benteng di bahagian timur, selatan dan tenggara kawasannya.

Malah, serpihan besar seperti pagar besi di sekeliling struktur gelanggang istana dipercayai bertaburan di atas jalan raya.

Malah tidak hanya itu, struktur tembok penahan di sebelah istana juga turut runtuh.

Dalam masa yang sama, Daily Sabah turut melaporkan Masjid Şirvani yang dibina bersebelahan istana tersebut sejak abad ke-17 juga turut runtuh sebahagian strukturnya.

Sebelum ini, gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 dilapor berlaku di Gaziantep, selatan Turkiye yang menyaksikan pelbagai kemusnahan berlaku akibat bencana tersebut.

Berdasarkan beberapa rakaman tular di media sosial mendedahkan detik-detik cemas sewaktu dan selepas berlakunya gempa berkenaan.

Lebih teruk lagi, beberapa bangunan di lokasi kejadian turut dilaporkan runtuh berikutan impak gempa kuat berkenaan.

Baca juga: Gempa Bumi Turkiye: Banyak Bangunan Runtuh, Rosak

Angka korban gempa bumi meningkat lebih 1,200

Menurut laporan awal, lebih 100 orang dilapor terkorban dalam satu gempa bumi kuat yang melanda di sana pada awal pagi waktu tempatan.

Difahamkan angka mangsa terkorban semakin meningkat dan laporan AFP terkini menyaksikan lebih 1,200 disahkan maut.

Jumlah itu melibatkan mangsa yang berada di Turkiye dan juga Syria yang turut terkesan dengan gempa tersebut.

Memetik laporan AFP, Menteri Kesihatan Syria dalam kenyataan berkata seramai 111 kematian direkodkan manakala 516 cedera di wilayah Aleppo, Latakia, Hama dan Tartus.

Imbas kembali gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu berlaku sewaktu penduduk sedang nyenyak tidur dan  gegarannya dapat dirasai sehingga ke Syria, kepulauan Cyprus  dan Mesir.

Pusat Perkhidmatan Kecemasan (AFAD) Turkiye melaporkan gempa pertama berukuran 7.4 magnitud.

Ia merupakan salah satu gempa bumi paling kuat yang pernah melanda rantau itu dalam tempoh satu abad.

Istana Gaziantep Berusia 2200 Tahun Runtuh
Kredit: The Telegraph

Dalam masa sama, Ketua AFAD, Orhan Tatar dalam siaran televisyen nasional berkata ia merupakan bencana paling dahsyat yang pernah melanda rantau berkenaan.

“Terdapat banyak bangunan rosak dan orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan sekitar kawasan bangunan,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu ciapan di Twitter menzahirkan rasa simpati kepada semua rakyatnya yang terjejas akibat bencana alam itu.

“Kami berharap agar kita semua dapat melalui dugaan ini (gempa) bersama-sama secepat mungkin dengan kerosakan paling minimum,” katanya.

Baca juga: Gempa Turkiye: Lebih 100 Orang Termasuk Di Syria Terkorban

Sumber: Daily Sabah

The post Gempa Bumi Turki: Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*