Gempa Bumi Turkiye: Korea Selatan Hantar 110 Anggota Penyelamat

korea selatan anggota penyelamat

Gempa Bumi Turkiye: Korea Selatan Hantar 110 Anggota Penyelamat

Korea Selatan merancang untuk menghantar bantuan kemanusiaan kecemasan RM21 juta dan 110 anggota penyelamat bagi membantu misi menyelamat dan mencari (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, lapor Yonhap.

Pada Selasa, Jurucakap Kementerian Luar Negeri Seoul Lim Soo Suk berkata pihaknya turut menghantar bekalan perubatan melalui pesawat pengangkutan tentera.

Pasukan itu terdiri daripada lebih 60 anggota Pasukan Bencana Korea dan 50 anggota tentera, menurut kementerian itu.

Rancangan misi bantuan kemanusiaan itu dibuat semasa mesyuarat untuk membantu Turkiye menangani kesan gempa bumi yang melanda wilayah selatan negara terbabit dan Syria.

Terdahulu, Presiden Yoon Suk Yeol mengarahkan kerajaan supaya segera menghantar anggota SAR dan bekalan perubatan ke negara itu.

Dalam pada itu, Menteri Luar Negeri Park Jin juga telah berjanji kepada Duta Turkiye ke Korea Selatan, Murat Tamer untuk memberikan sokongan aktif kepada negara yang mengalami bencana itu.

Pegawai pertahanan turut mempertimbangkan untuk menghantar pesawat pengangkutan kapal tangki KC-330 tentera Korea Selatan, bagi membantu mangsa di sana. 

Korea Selatan pernah hantar anggota penyelamat

Imbas kembali, sebelum ini pasukan penyelamat yang terbesar pernah dihantar oleh Korea Selatan untuk kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan pesawat berkenaan.

Pesawat itu kebiasaannya digerakkan dalam operasi bantuan kemanusiaan kecemasan seperti misi kemanusiaan pada 2021.

Ketika itu misi tersebut memerlukan pasukan penyelamat memindahkan hampir 400 orang awam dan ahli keluarga Afghanistan terjejas ke Korea Selatan.

Kementerian dalam pada itu mengeluarkan tatacara perjalanan khas untuk enam wilayah di tenggara Turkiye, termasuk Kahramanmaras, Malatya dan Adiyaman.

Tatacara perjalanan khas itu difahamkan akan berkuat kuasa serta merta.

Selain itu, seorang warga Korea Selatan yang sedang melancong turut terkesan di wilayah Hatay, berhampiran pusat gempa bumi, menurut kementerian berkenaan.

Untuk rekod, sekitar 2,700 rakyat Korea Selatan menetap di Turkiye, walaupun kebanyakan mereka tinggal di luar kawasan yang terjejas.

11 warga Korea Selatan yang tinggal di Hatay telah dipindahkan ke tempat selamat pada hari sebelumnya, tambah kementerian itu.

Malaysia hantar SMART bantu Turkiye

Sebelum ini, Malaysia turut menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Selatan Turkiye.

Isnin lepas gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.

Sumber: Yonhap

BACA: Malaysia Hantar Pasukan SMART Bantu Turkiye

The post Gempa Bumi Turkiye: Korea Selatan Hantar 110 Anggota Penyelamat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*