Dua “Hero” Tragedi Batang Kali Dikerah Ke Turki, Bantu Misi SAR Mangsa Gempa Bumi

Hero Tragedi Batang Kali

Dua “Hero” Tragedi Batang Kali Dikerah Ke Turki, Bantu Misi SAR Mangsa Gempa Bumi

Dua hero anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang pernah terlibat misi SAR tragedi Batang Kali dilaporkan bakal berlepas malam ini ke Istanbul bagi membantu mengesan mangsa tragedi gempa bumi di Turki.

Menurut perkongsian BERNAMA TV di Twitter, dua anjing yang bernama Denti dan Frankie itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mereka akan menaiki penerbangan Turkish Airlines bagi misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye tersebut.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi yang disertai seramai 70 orang daripada anggota APM, NADMA dan JBPM itu merupakan kumpulan kedua yang akan berlepas ke sana.

Terdahulu, Denti dan Frankie pernah terlibat sama dalam usaha mencari mangsa kejadian tragedi tanah runtuh di Batang Kali. Kejadian yang mengorbankan seramai 31 orang pada 16 Disember lalu merupakan peristiwa menyayat hati yang pernah berlaku kepada Malaysia.

Sumber: BERNAMA

The post Dua “Hero” Tragedi Batang Kali Dikerah Ke Turki, Bantu Misi SAR Mangsa Gempa Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*