Gianni Infantino Berhasrat Jadikan Piala AFF Sebagai Kejohanan Rasmi Dalam Kalendar FIFA

Piala AFF Sebagai Kejohanan Rasmi

Gianni Infantino Berhasrat Jadikan Piala AFF Sebagai Kejohanan Rasmi Dalam Kalendar FIFA

Presiden FIFA, Gianni Infantino berhasrat untuk menjadikan Piala ASEAN Football Federation (AFF) sebagai kejohanan rasmi dalam kalendar FIFA, memetik laporan Kompas.

Kenyataan tersebut dimaklumkan oleh Infantino sendiri di Stadium Thammasat semasa menonton perlawanan akhir Thailand menentang Vietnam bagi merebut gelaran juara Piala AFF Mitsubishi Electric baru-baru ini.

Difahamkan, Infantino, 53 tahun telah berangkat ke Thailand selepas mendapat jemputan daripada Presiden AFF, Khiev Sameth malah turut menjadi figura yang menyerahkan piala kejuaraan kepada pasukan Thailand selepas berjaya membenam Vietnam dengan agregat 3-2.

Piala AFF Sebagai Kejohanan Rasmi
Kredit: AFF

Dalam kenyataan yang sama, Infantino turut menyokong bahawa bola sepak di Asia Tenggara khususnya Piala AFF terus berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tidak hanya itu, Infantino juga kagum dan memuji semangat kesukanan yang dipaparkan oleh masyarakat di Asia Tenggara.

Malah, tidak dinafikan, perkara inilah yang membuatkan Infantino mahu menjadikan Piala AFF sebagai kejohanan rasmi yang termasuk dalam kalendar FIFA.

“Piala AFF mesti dinaik taraf kepada kejohanan FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik. Jika kita bekerjasama, saya pasti Piala AFF akan menjadi besar dengan kelulusan FIFA.

“Kejohanan ini dianggap penting bagi rantau Asia Tenggara dengan sokongan daripada lebih 650 juta orang kerana kita tahu, semua rakyat ASEAN sangat menyukai bola sepak,” jelas Infantino.

Hal ini terbukti apabila dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, negara-negara ASEAN tertarik untuk menonton bola dan lihat sahaja pencapaian dalam bola sepak lelaki mahupun perempuan.

Sumber: Kompas

The post Gianni Infantino Berhasrat Jadikan Piala AFF Sebagai Kejohanan Rasmi Dalam Kalendar FIFA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*