Manusia Tertua Di Dunia, Sister André Meninggal Dunia Di Usia 118 Tahun

Manusia Tertua Di Dunia

Manusia Tertua Di Dunia, Sister André Meninggal Dunia Di Usia 118 Tahun

Manusia tertua di dunia iaitu seorang biarawati Perancis, Sister André, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 118 tahun di bandar selatan Toulon semalam, lapor CNN.

Berita tentang kematian biarawati itu dimaklumkan oleh Hubert Falco, Datuk Bandar di Toulon melalui satu ciapan di laman Twitter rasminya.

“Dengan rasa sedih yang teramat sangat, dukacita dimaklumkan tentang kematian manusia tertua di dunia pada malam ini #SisterAndré,” tulisnya dalam Twitter.

Jurucakap biarawati tersebut, David Tavella berkata Sister André meninggal dunia pada hari Selasa kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan di Toulon.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Amat sedih dengan kehilangannya, tetapi dia mahu ia berlaku. Itu adalah keinginannya untuk menyertai abang tercintanya. Baginya, ia adalah kebebasan,” kata Travella.

Dilahirkan sebagai Lucile Randon pada 11 Februari 1904, Sister André mendedikasikan sebahagian besar hidupnya untuk perkhidmatan keagamaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Guinness World Record pada April 2022.

Sebelum menjadi biarawati Katolik, Sister André menjaga kanak-kanak semasa Perang Dunia II dan kemudian menghabiskan 28 tahun menjaga anak yatim dan orang tua di hospital.

Menurut rekod dunia Guinness, beliau juga merupakan biarawati tertua yang pernah hidup.

Memetik CNN, apabila Sister André berumur 118 tahun pada 2022, beliau telah menerima ucapan hari lahir daripada Presiden Perancis yang ke-18 sepanjang hayatnya, Emmanuel Macron.

Beliau menjadi manusia yang tertua di dunia berikutan kematian Kane Tanaka, seorang wanita Jepun yang sebelum ini dinobatkan sebagai manusia tertua di dunia, yang meninggal pada pada usia 119 tahun pada 19 April.

Gelaran manusia tertua di dunia pernah direkodkan juga milik seorang wanita Perancis, lapor CNN.

Menurut Guinness World Records,  hayat Jeanne Louise Calment yang dilahirkan pada 21 Februari 1875 itu mencapai 122 tahun dan 164 hari.

Sumber: CNN

The post Manusia Tertua Di Dunia, Sister André Meninggal Dunia Di Usia 118 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*