Google Perkenal Ciri ‘Virtual Try-on’ Untuk Mudahkan Kaki ‘Shopping Online’

ciri virtual try-on google

Google Perkenal Ciri ‘Virtual Try-on’ Untuk Mudahkan Kaki ‘Shopping Online’

Google baru-baru ini dilaporkan telah memperkenalkan ciri terbaru iaitu ‘virtual try-on’ kepada penggunanya bagi memudahkan urusan mereka yang suka membeli-belah dalam platform atas talian.

Menerusi kenyataan Google, mereka telah memperkenalkan dua ciri baharu yang memberikan pengalaman kepada pengguna seakan mencuba pakaian di ‘fitting room’ secara realiti.

Ciri yang dinamakan Virtual try-on adalah sebuah perisian yang menggunakan AI generatif kepada pengguna tentang pelbagai pilihan pakaian mengikut saiz badan.

Ciri ini bertindak sebagai padanan pakaian yang mahu dibeli mengikut saiz badan pengguna berdasarkan model sebenar.

Sistem penapisan terbaru ini dapat membantu pengguna untuk mencari dengan tepat apa yang mereka ingin dan cari.

Selain saiz badan, ciri ini juga memberikan peluang kepada pengguna untuk mencari padanan yang dimahukan berdasarkan warna kulit.

Berdasarkan kenyataan Google, ramai pembeli berhadapan dengan cabaran dan kesukaran mengenai pakaian yang mahu dibeli. Terutamanya jika pakaian itu tidak disarungkan di badan pembeli itu sendiri.

Sebanyak 42 peratus daripada pembeli dalam talian berasa diri mereka tidak diwakili oleh imej model yang menggayakannya.

Manakala sebanyak 58 peratus pula berasa tidak berpuas hati dengan barangan yang mereka beli dalam talian kerana ia kelihatan berbeza apabila barang tersebut dipakai.

Namun kini semua orang boleh merasai pengalaman membeli-belah yang baharu selepas wujudnya sistem penapisan seperti ini.

Menerusi ciri ‘virtual try-on’, pengguna kini boleh melihat sama ada barangan yang mahu dibeli sesuai dipadankan dengan badan pengguna sebelum membelinya.

‘Virtual try-on’ menunjukkan kepada pengguna tentang bagaimana rupa dan gaya pemakai kelihatan pada pelbagai model sebenar.

Bagaimana cara ia berfungsi?

Model AI generatif baharu ini boleh mengambil satu imej pakaian. Kemudian menggambarkan dengan tepat bagaimana pakaian itu ketika dipakai oleh model sebenar dalam pelbagai gaya.

Kredit Google

Model dalam ciri ini bermula dari saiz XXS sehingga 4XL dan mewakili warna kulit yang berbeza, bentuk badan, etnik dan jenis rambut.

Ciri terbaru dari Google ini kini telah tersedia dan boleh digunakan oleh pembeli di Amerika Syarikat pada 14 Jun yang lalu.

Ciri ini seiring dengan Graf Beli-belah Google yang mencatat set data produk dan penjual yang paling komprehensif di dunia. Teknologi ini juga boleh menskalakan kepada lebih banyak jenama dan item dari semasa ke semasa.

Penambahbaikan berpandu baharu Google ini boleh membantu pembeli di AS untuk memperhalusi pilihan produk sehingga menemui prosuk yang sesuai.

Sumber: Google

The post Google Perkenal Ciri ‘Virtual Try-on’ Untuk Mudahkan Kaki ‘Shopping Online’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*