Penyanyi Popular Era 80-an, Rohana Jalil Berada Dalam Keadaan Lemah

Rohana Jalil lemah

Penyanyi Popular Era 80-an, Rohana Jalil Berada Dalam Keadaan Lemah

Rohana Jalil, 68, penyanyi popular era 1980-an dilaporkan berada dalam keadaan lemah, lapor Astro Awani.

Perkembangan terkini itu telah dikongsikan oleh salah seorang teman rapat penyanyi tersebut, Haiza Hanafi kepada Astro Awani pada hari ini.

“Sejak Ahad lalu ketika saya datang melawat, memang keadaan dia lemah.

“Tetapi dia boleh dengar bila saya bisik di telinga dia. Haiza beritahu dia datang (melawat), dia angguk,” kata penyanyi lagu Dag Dig Dug itu.

Dalam pada itu, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin berkata juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagaimanapun, Rohana kini sudah tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), beritahu Haiza lagi.

Pernah dimasukkan ke dalam ICU pada April lalu

Pelantun lagu Rayuanku itu sebelum ini pada April lalu dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU akibat kebocoran pada ususnya.

Pada 23 April lalu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah meluangkan masa untuk menziarahi penyanyi veteran tersebut.

Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil telah memulakan kariernya sebagai penyanyi pada usia 17 tahun pada sekitar 1979.

Berbekalkan pengalamannya menyanyi di ekspo dan ‘fun fair’, penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu telah mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976. Namun ketika itu tuah tidak menyebelahinya dalam pertandingan tersebut.

Disebabkan kesungguhan dan bakat yang dimilikinya, Rohana kemudian dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980. Beliau kemudiannya dilamar menjadi penyanyi di bawah syarikat rakaman, AB Records.

Sementara itu, bercakap soal perkembangan terkini penyanyi itu, seorang lagi penyanyi veteran, Datuk Francissca Peter turut sempat berkongsi doa dan harapannya terhadap kesihatan Rohana.

Francissca berdoa agar rakan seangkatannya itu diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Perkara itu dikongsikan oleh Francissca sendiri menerusi sebuah hantaran yang dibuatnya di Instagram rasmi miliknya.

“Saya sangat berharap dan berdoa agar dia cepat sembuh. Semoga Tuhan menyembuhkan Rohana dan memberi kekuatan kepada keluarga dan orang yang tersayang serta membantunya pada ketika ini. Mari kita sama-sama berdoa untuk Rohana Jalil,” tulis Francissca dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya.

Sumber: Astro Awani

The post Penyanyi Popular Era 80-an, Rohana Jalil Berada Dalam Keadaan Lemah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*