Banjir: Lapan Sungai Di Pahang Lepasi Paras Bahaya 

banjir lapan sungai pahang

Banjir: Lapan Sungai Di Pahang Lepasi Paras Bahaya 

KUANTAN  — Lapan sungai di empat daerah di Pahang melepasi paras bahaya setakat jam 9 pagi ini.

Menerusi laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my, kesemua sungai yang mencatatkan paras bahaya itu melibatkan daerah di Jerantut, Rompin, Maran dan Pekan.

Di Jerantut, Sungai Tembeling (di Kampung Bantal Seberang) mencatatkan paras bacaan 106.56 meter(m) melebihi tahap bahaya 106m dan Sungai Tembeling (di Kampung Merting) mencatatkan paras 61.09m melebihi paras bahaya 60m. Manakala Sungai Kuala Tahan merekodkan paras air 68.68m.

Di Pekan, Sungai Pahang di Paloh Inai merekodkan bacaan 10.75m melebihi paras bahaya 10.3m dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini pula merekodkan paras 16.41m melebihi paras bahaya 14.9m.

Selain itu, dua sungai di daerah Rompin turut merekodkan bacaan melepasi paras bahaya. Sungai tersebut ialah Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia 11.65m dan Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat 9.61m.

BACA: Hilux Hanyut Dibawa Arus Ketika Redah Banjir

Di Maran, Sungai Luit di Kampung Subuh merekodkan bacaan 27.57m melebihi paras bahaya 27m.

Beberapa sungai di empat negeri lain turut merekodkan bacaan melebihi paras bahaya.

Di Kelantan, sungai tersebut ialah Sungai Kelantan di Kuala Krai 26.34m (25m), Sungai Kelantan di Kusial (F1) Tanah Merah dengan rekod 16.84m (16m) dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu 2.64m (1.85m).

Di Terengganu pula, dua sungai merekodkan paras bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Dungun di Jambatan Jerangau 14.62m (12.5m) dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman 4.65m (4m).

Di Johor, Sungai Siku di Kampung Murni Jaya mencatatkan bacaan 18.24m melebihi paras bahaya 18.1m.

Di Sarawak, Sungai Batu Niah Bazaar, Miri merekodkan bacaan 6.42m melebihi paras amaran 5,22m.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan bahawa seramai 28,310 orang mangsa banjir direkodkan di seluruh negara setakat 6 pagi tadi.

Ia termasuk di dua negeri terbaharu yang dilanda bencana tersebut iaitu Johor dan Sabah.

Sumber: Public Info Banjir

The post Banjir: Lapan Sungai Di Pahang Lepasi Paras Bahaya  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*