Graham Potter Didakwa Calon Pilihan MU Sekiranya Ten Hag Dipecat

graham potter ganti ten hag

Graham Potter Didakwa Calon Pilihan MU Sekiranya Ten Hag Dipecat

Khabar angin bertiup kencang apabila bekas pengendali Chelsea, Graham Potter didakwa bakal menjadi pengurus baharu Manchester United.

Memetik The Mirror, Potter merupakan individu paling berpotensi untuk menggantik Erik ten Hag sekiranya pengendali dari Belanda itu dipecat.

Gambar: AFP

Khabar angin itu kedengaran ditengah-tengah berita Ten Hag bakal mengadakan pertemuan dengan bakal pemegang saham minoriti kelab itu, Sir Jim Ratcliffe

Pertemuan dikatakan antaranya untuk berbincang berkenaan masa depannya di Old Trafford.

Walau bagaimanapun, bekas pengurus Ajax itu percaya bahawa dia masih mempunyai masa untuk menunjukkan kewibawaannya dalam menguruskan pasukan terhadap bakal lembaga pengarah baharu United berkenaan.

Khabar angin dakwa Graham Potter ganti Ten Hag

Dalam pada itu, Sir Jim Ratcliffe dijangka mengesahkan kedudukannya dalam tempoh terdekat dan bakal memegang 25 peratus kepentingan saham United.

Billionaire United Kingdom itu dikhabarkan akan memegang kuasa termasuk dalam urusan perpindahan pemain.

BACA JUGA: Kes Pelajar Maut Didakwa Dilanggar, Pegawai Kanan Polis Ditahan

Jutawan dari Britain itu difahamkan bakal membuat beberapa perubahan dalam hierarki baharu The Red Devils.

Perubahan itu dipercayai didorong oleh prestasi semasa United yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Gambar: AFP

United sudah pun mengharungi 24 perlawanan setakat ini, namun hanya berjaya mencatatkan 12 kemenangan sahaja.

Dalam tiga pertemuan terakhir masing-masing dua saingan liga dan Liga Juara-juara Eropah (UCL), United tewas kesemuanya.

Oleh itu, banyak cakap-cakap dan desakan dibuat, terutamanya dalam kalangan peminat agar Ten Hag disingkirkan.

Namun begitu, Sky Sport melaporkan hierarki semasa United jelas menunjukkan mereka tidak bercadang untuk mencari pengurus baharu.

Malah, United juga dikhabarkan tidak pernah berhubung dengan mana-mana individu yang boleh dikaitkan sebagai pengurus terbaharu kelab berkenaan.

Bergelut Dengan Prestasi

Pada 18 Disember ini, United dijadualkan akan bertandang ke Anfield bertemu seteru utama mereka, Liverpool yang kini berada di takhta liga.

Dalam lima pertemuan terakhir antara kedua-dua kelab, Liverpool menang empat daripada lima perlawanan berkenaan.

Liverpool juga berjaya menjaringkan sebanyak 21 gol dengan kemenangan terbesar, 7-0 dicatatkan pada pertemuan terakhir, Mac 2023.

Manakala United pula, hanya mampu membolosi gawang The Reds sebanyak 3 kali sahaja dalam lima pertemuan tersebut.

Sumber: The Mirror, Sky Sport

The post Graham Potter Didakwa Calon Pilihan MU Sekiranya Ten Hag Dipecat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*