Ribut Dahsyat Badai Kanada, Puluhan Kediaman Di Tepi Tasik Disaluti Salji Tebal

bandar ontario disaluti salji

Ribut Dahsyat Badai Kanada, Puluhan Kediaman Di Tepi Tasik Disaluti Salji Tebal

Sebuah pekan kecil di wilayah Niagara di Kanada disaluti ‘kristal’ selepas ribut musim sejuk yang dahsyat melanda pada minggu lalu dan ia sekaligus memberikan makna baharu kepada nama bandar itu, lapor Toronto CTV News.

Crystal Beach, Komuniti tepi tasik di Fort Erie, Ont., kini dilitupi ais bermula dari bumbung rumah hingga ke bumbung kereta.

Ekoran itu, Environment Canada mengeluarkan amaran cuaca untuk mengingatkan kepada penduduk berkaitan dengan angin kencang dan ribut salji yang melanda.

Semasa kejadian, angin sangat kuat sehingga ombak dari Tasik Erie membanjiri rumah-rumah dalam komuniti dan menimbuninya dengan ais.

Menurut penduduk Crystal Beach, Derek Tupling, ombak yang datang amat tinggi hingga ia melepasi tembok dengan ketinggian kira-kira 10 atau 15 kaki telah dicatatkan.

“Kemudian air telah membeku di bahagian belakang hingga bahagian depan rumah.

“Anda boleh bayangkan betapa banyaknya isipadu dan kekuatan air yang naik ke atas dinding untuk membeku dengan serta merta. Ia benar-benar luar biasa,” katanya kepada media. 

Tambah Tupling, ais di belakang rumahnya sangat tebal dan dianggarkan setebal satu kaki yang menyebabkan penduduk bimbang tentang kerosakan apabila ais mula mencair dan akan menyebabkan air mula bertakung. 

“Kami telah berada di sini untuk masa yang lama dan tidak pernah melihat cuaca seburuk itu dalam tempoh kami di sini.

“Kerosakan yang berlaku dan kemusnahan di bahagian belakang rumah yang dialami oleh penduduk adalah sukar dipercayai,” ujar Tupling.

Menurut Canadian Niagara Power Inc, rata-rata penduduk di Fort Erie terputus bekalan elektrik pada hujung minggu dengan kira-kira 3,900 penduduk masih terputus bekalan elektrik.

“Pada kemuncak gangguan itu terdapat 15,000 pelanggan terputus bekalan elektrik dan kami telah memulihkan bekalan untuk kira-kira 11,000 pelanggan,” tambah syarikat kuasa itu.

Katanya, keselamatan pekerja dan masyarakat kekal menjadi keutamaan nombor satu.

Sumber: Toronto CTV News & @NickIwanyshyn/Twitter

The post Ribut Dahsyat Badai Kanada, Puluhan Kediaman Di Tepi Tasik Disaluti Salji Tebal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*