Guna Botol & Ais Je, Ini Cara Nak Buat Kipas “Aircond” D.I.Y, “Murah & Sejuk”

kipas sedingin aircond

Guna Botol & Ais Je, Ini Cara Nak Buat Kipas “Aircond” D.I.Y, “Murah & Sejuk”

Seperti yang kita semua sedia maklum, beberapa tempat di negara kita ketika ini dilanda dengan cuaca panas dan menerima sedikit hujan.

Cuaca panas ini membuatkan ramai orang tidak merasa selesa. Bahang bukan sahaja dirasai apabila berada di luar, malah turut dirasai ketika kita berada di dalam rumah.

Apatah lagi, fenomena El Nino lemah juga diramal akan bermula pada Jun ini dan beralih ke tahap sederhana pada bulan November.

Ketika fenomena ini berlangusng, terdapat pengurangan jumlah hujan sehingga 20 hingga 40 peratus pada Jun hingga Oktober depan. Keadaan ini lebih signifikan terutamanya bagi negeri-negeri di selatan Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Kekurangan kandungan air dalam udara menyebabkan suhu semasa meningkat dan rasa bahang pada kawasan kediaman anda.

Salah satu cara untuk mengurangkan impak adalah ini dengan menggunakan perkakas elektrik seperti pelembap udara dan pendingin hawa.

Namun, tidak semua memiliki bajet yang besar untuk membeli perkakas berkenaan, lagi-lagi bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Keadaan bahang di dalam rumah boleh mengakibatkan ketidakselesaan kepada penghuninya, khususnya bagi golongan kanak-kanak.

Cara buat kipas aircond guna botol

Sekurang-kurangnya, setiap isi rumah memiliki sebuah kipas kaki untuk menyejukkan kawasan kediaman.

Hal ini disebabkan, kipas ini boleh didapati dengan harga yang murah dan tidak memerlukan kaedah pemasangan yang renyah.

Oleh itu, kipas ini sering menjadi rakan karib masyarakat Malaysia, tidak mengira sama ada di rumah sewa, rumah sendiri mahupun hostel.

Siapa sangka, selain menukar kelajuan putaran kipas, anda juga boleh mengubahsuai kipas anda untuk merasa lebih dingin, seaka-akan pendingin hawa.

Menurut sebuah video di TikTok Checkoutyuk (@zona.check.out), helah ini hanya memerlukan dua biji botol plastik, cable tie dan hot glue gun. 

Pertama sekali, ambil salah satu botol plastik dan membuat beberapa lubang kecil dengan menggunakan hot glue gun. Selain itu, bahagian tapak botol itu juga dibuang dengan menggunakan pisau.

Seterusnya, ambil kedua-dua penutup botol plastik berkenaan dan membuat lubang di tengahnya sambil mencantum kedua-duanya dengan menggunakan peralatan yang sama.

cara buat kipas aircond botol
Kredit: Tiktok

Dengan penutup botol yang diubahsuai tadi, sambungkan botol yang dilubangkan tadi dengan botol yang tidak dilubangkan.

cara buat kipas aircond botol
Kredit: TikTok

Semasa ingin menyambungkan botol tersebut dengan bahagian belakang kipas, pastikan bahagian botol berlubang ada di bahagian atas.

Selepas itu, pasangkan cable tie pada bahagian botol plastik dan bahagian kipas dan masukkan ais pada botol.

cara buat kipas aircond botol
Kredit: TikTok

Anda hanya perlu menghidupkan kipas untuk mula merasa angin dingin sepersis pendingin hawa dari kipas.

Jika anda risau akan air yang menitik hasil dari proses peleburan ais, jangan risau. Botol pada bagaian bawah akan menakung air tersebut.

BACA: Jangan Buat ‘Ini’ Sebelum X-ray Gigi, Nanti Nampak Macam Pakai Susuk

Sumber: @zona.check.out via Tiktok

The post Guna Botol & Ais Je, Ini Cara Nak Buat Kipas “Aircond” D.I.Y, “Murah & Sejuk” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*