Aku Sebatang Penyapu

Aku sebatang penyapu.

Setiap pagi, ibuku akan memegangku erat dan memulakan rutin hariannya membersihkan rumah. Aku gembira dapat menjadi bahagian penting dalam hidup majikanku yang ku anggap bagai ibu dan ayah sendiri.

Usai sarapan, ibu pasti akan mengambilku dan kami sama-sama akan menyapu rumah. Rambutku yang mengurai digunakan ibu untuk menarik sampah dan debu yang memenuhi segenap ruang di lantai. Sebut sahaja di mana, aku bersedia membantu ibu.

Aku ditolak ke bawah almari, sofa dan kabinet untuk mencapai habuk-habuk yang terkumpul. Adakalanya aku dijulang tinggi untuk membersihkan sawang di siling rumah. Sesekali ibu terbersin dek kerana debu yang berterbangan. 

Aku bahagia dapat memberi makna dalam kehidupan ibu. Selama lima tahun, tempatku adalah di sebalik pintu bersama temanku si penyodok. Aku berkhidmat untuk ibu ayah sehingga rambutku rontok, meninggalkan kesan yang buruk pada kepalaku.

Sesekali aku terdengar ibu mengeluh, “Abang, bulu penyapu ni asyik tercabut je. Rimas la nak menyapu tapi jadi lagi sepah.”

Maaf ibu. Sesungguhnya aku hanya penyapu biasa yang dimamah usia dan setia berkhidmat setiap pagi. 

Suatu hari, aku terdengar ibu menjerit kegembiraan. 

“Terima kasih abang!” Ucap ibuku sambil melompat kegirangan. Aku tersenyum melihat mereka bahagia tanpa ku sangka kebahagiaanku bakal berakhir tidak lama lagi…

Suatu pagi, tidurku dikejutkan dengan bunyi yang asing. Ku lihat sebuah robot asing sedang berkeliaran di lantai rumah kami. Aku takut, aku mengharapkan ibu akan mengambilku seperti dilakukannya setiap hari. 

Aku tunggu dan tunggu.. Namun aku dibiarkan tergantung sepi. Ibu tidak mengambilku lagi hari ini. Sakitkah ibu? Aku tertanya-tanya di dalam hati.

“Wah seronoklah guna Roborock S8+ ni bang. Terima kasih sangat belikan kat sayang.” aku terdengar sayup suara ibuku di ruang tamu.

Baru ku tahu namanya, moden sekali. Ku perhatikan dari jauh robot itu mundar mandir membersihkan rumah. Ibuku tak lagi perlu ke sana ke sini seperti ketika bersamaku. Ibuku kini boleh duduk selesa di atas sofa sambil bersantai pada waktu pagi. Dia tampak lebih bahagia, tanpa diriku.

“Kejap lagi sangkutlah tu,” tiba-tiba penyodok bersuara. Aku tahu dia cuba untuk memujuk hatiku yang kian suram.

“Tak mungkin lah. Roborock S8+ tu ada 3D Structured Light, dia boleh pastikan kalau ada halangan tak kira dalam suasana gelap dan cerah,” balasku. Daripada cerita yang pernah ku dengar sebelum ini, robot itu juga boleh diprogramkan dengan zon larangan (no-go zone) mengikut susun atur rumah pemiliknya.

Sesekali aku melihat ia menyedut helaian rambut yang bergumpal di atas lantai. Langsung tidak merosakkan berus dimilikinya. Mungkin itulah ajaibnya DuoRoller Multi-directional Floating Brush tu, getusku di dalam hati. Melihat kehebatan robot itu, aku sedar diriku ini tidak lagi berguna.

Semakin lama ia semakin mendekati ke arahku yang terletak di sudut dapur. Aku jadi berdebar. Tapi dalam masa sama rasa ingin tahuku makin menebal untuk melihat sejauh mana kemampuannya.

Tanpa sebarang masalah, ia menyedut butiran nasi yang telah mengering di atas lantai. Itulah ‘hasil seni’ anak majikanku yang berusia tiga tahun.

Dengan kuasa sedutan ekstrim HyperForce 6,000Pa, ia boleh menyedut debu dan kotoran di atas lantai, hatta di celahan karpet sekalipun. Hal ini membuatkan aku kagum dengan kemampuannya.

Tidak seperti diriku, Roborock S8+ ini boleh mengemop lantai rumah secara automatik tanpa pemantauan ibuku. Ku lihat ibuku kini boleh meluangkan masa dengan anaknya di ruang tamu tanpa perlu bersusah payah mengangkut baldi air yang berat lagi. Biarpun sedih, aku bahagia untuknya.

Dengan sistem mop VibraRise 2.0 yang mempunyai dua kali modul getaran, robot itu akan menghilangkan kesan comot pada lantai rumah kami. Bagi menghilangkan kotoran itu, Roborock S8+ menghasilkan getaran dengan kekerapan 3,000 kali seminit di samping mengenakan tekanan 6N bagi menghakis kesan tersebut. Dan apabila fungsi mop ini tidak digunakan, robot itu akan mengangkat mopnya setinggi 5mm supaya ia tidak terkena lapisan karpet di dalam rumah. Betapa canggihnya dirimu hai robot baru.

Usai membersihkan lantai, Roborock S8+ kembali ke ‘rumahnya’. Aku percaya itulah ‘charging dock’nya yang berfungsi untuk mengosongkan tangki sampah dan habuk yang telah disedut sebentar tadi secara automatik. Aku melihat si penyodok ternganga menyaksikan kecanggihan robot ini. Ibu tak lagi perlukan kami.

Robot itu juga cekap menggunakan tenaga. Ia mempunyai sistem off-peak charging scheduling, bermakna ia akan mengecas dirinya pada selain waktu puncak bagi menjimatkan elektrik.

Sungguh, aku kagum dengan dirimu duhai Roborock. Sungguh, dirimu layak dilamar dengan mahar RM8,599 dari Shopee atau Lazada jika pulangannya membuatkan ibu lebih bahagia tanpa beban. Ibuku tak lagi perlu menyapu setiap hari. Hanya menggunakan telefon pintarnya, ibu boleh menyuruh si robot membersihkan rumah hatta mengemop setiap hari mengikut rutin kegemarannya.

Ku lihat lantai rumah kami semakin bersih dan habuk tidak lagi berterbangan sepertimana sewaktu ibu menggunakanku dulu. Aku kini tak diperlukan lagi. Sumpah, andai kehadirannya itu mampu membahagiakan keluargaku, biarkanlah ia terus hidup. Aku rela mengundurkan diri, tergantung sepi…

Roborock S8+ Flash Sale 4.4

Dapatkan Roborock S8+ pada harga promosi RM3,999 di Shopee dan Lazada sekarang!

The post Aku Sebatang Penyapu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*