Pegawai Bola Sepak Korea Selatan Syor Jurgen Klinsmann Dipecat

jurgen klinsmann dipecat

Pegawai Bola Sepak Korea Selatan Syor Jurgen Klinsmann Dipecat

SEOUL, 15 Feb (Bernama-Yonhap) — Pegawai bola sepak Korea Selatan pada Khamis mencadangkan pemecatan Jurgen Klinsmann sebagai ketua jurulatih skuad lelaki kebangsaan selepas kegagalan negara itu pada peringkat separuh akhir Piala Asia 2023 di Qatar, baru-baru ini.

Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) mencapai keputusan itu semasa mesyuarat ‘bedah siasat’ di KFA House di sini.

Mereka menyerahkan perkara berkenaan kepada Lembaga Eksekutif KFA yang mempunyai kata putus untuk membuat keputusan muktamad.

Klinsmann menghadiri mesyuarat itu melalui sidang video dari rumahnya di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Yonhap.

BACA: Meta Lantik Anak Kelahiran Malaysia Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu

Selepas lebih tiga jam mesyuarat, pengarah teknikal KFA Hwangbo Kwan memaklumkan media bahawa ahli jawatankuasa bersetuju untuk menggesa pemecatan Klinsmann.

“Atas beberapa sebab, kami membuat kesimpulan bahawa Klinsmann tidak lagi dapat menunjukkan kepimpinannya sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Kami akan melaporkan kesimpulan kami kepada KFA,” kata Hwangbo.

Korea Selatan tewas kepada Jordan 2-0 pada aksi separuh akhir Piala Asia minggu lepas, meneruskan ‘kemarau’ kejuaraan di kejohanan itu selama 64 tahun.

Susulan kegagalan itu, Klinsmann berdepan tekanan hebat untuk meletak jawatan biarpun pasukan itu menampilkan kapten Tottenham Hotspur Son Heung-min, antara lain ke kejohanan yang diidamkan pauskan berkenaan.

Sumber: BERNAMA-YONHAP

The post Pegawai Bola Sepak Korea Selatan Syor Jurgen Klinsmann Dipecat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*