Polis Berjaya Berkas Suspek Tetak Budak 11 Tahun

suspek budak 11 tahun

Polis Berjaya Berkas Suspek Tetak Budak 11 Tahun

Seorang lelaki warga asing yang merupakan suspek bagi kes tetak kanak-kanak berusia 11 tahun di perumahan pekerja di Felda Sahabat 30, di Lahad Datu berjaya diberkas pada pagi Ahad, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kira-kira 7 pagi hari ini sepasukan polis bantuan Felda di kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41 berjaya memberkas suspek berusia 35 tahun itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, pihaknya mempertingkatkan rondaan di kawasan tersebut selepas kejadian bunuh itu berlaku semalam.

“Suspek kemudian berjaya dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut dan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah menahan suspek.

“Lokasi suspek ditangkap iaitu sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi tempat kejadian bunuh, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan anjing pengesan (unit K9) IPD Lahad Datu turut berjaya mengesan parang, yang merupakan senjata yang digunakan suspek ketika kejadian.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mendedahkan tempat senjata yang digunakannya dalam kes ini disimpan.

“Polis kemudian merampas parang berukuran kira-kira 58 sentimeter di kawasan semak tepi jalan ladang lokasi ladang berkenaan iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi suspek ditangkap,” ujarnya.

BACA: Dua Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Pergaduhan Ketika DIBW 2023

Susulan penangkapan suspek dan rampasan senjata, Rohan Shah mempercayai kes tersebut telah berjaya diselesaikan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Lahad Datu esok (Isnin) bagi permohonan reman bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dijumpai maut dengan kesan tetakan di kepala, leher serta tangan.

Polis mempercayai ia dilakukan oleh rakan kepada bapa tiri mangsa di perumahan pekerja Felda Sahabat 50,Lahad Datu.

Rohan Shah berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, ibu dan bapa tiri mangsa yang juga warga asing serta pekerja am ladang di Felda berkenaan keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama suspek lelaki terbabit berumur 33 tahun.

“Mayat mangsa ditemukan berlumuran darah dan terdapat kesan tetakan objek tajam pada bahagian belakang kepala serta bahagian hadapan dan belakang leher selain putus tapak tangan kiri,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Berjaya Berkas Suspek Tetak Budak 11 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*