Guru Berbangsa India Buat Kolam Deepavali Bertemakan Bendera Palestin

Kolam Deepavali Bendera Palestin

Guru Berbangsa India Buat Kolam Deepavali Bertemakan Bendera Palestin

Sebuah video yang memaparkan proses menyiapkan ‘kolam’ Deepavali oleh seorang guru berbangsa India berjaya meraih perhatian netizen.

Perkongsian video muat naik tersebut telah dilakukan oleh seorang guru di akaun TikTok yang bernama @koodugal.

Berdasarkan muat naik video satu minit tersebut, guru itu dilihat sedang membuat hiasan Deepavali yang bertemakan bendera Palestin.

Kolam adalah sejenis hiasan yang akan dibuat pada setiap kali sambutan perayaan Deepavali bagi masyarakat India di seluruh dunia.

Hasil seni ini dilukis menggunakan tepung beras, beras dengan warna pelbagai dan dihias dengan bunga-bunga cantik serta lampu warna-warni.

Kredit TikTok

Pray for Palestine,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Menerusi perkongsian video itu lagi, Guru yang dikenali sebagai Cikgu Siva itu turut membuat ‘kolam’ berbentuk bendera Malaysia.

Di bahagian atas kolam dilukis dengan kubah Masjid Al-Aqsa berwarna kuning keemasan

Kolam juga itu seperti dihiasi dengan Kubah Masjid Al-Aqsa di atas bendera Palestin sebelum bendera Malaysia berada di bahagian bawahnya.

Lukisan kolam itu turut ditulis dengan perkataan yang berbunyi “Pray For Palestin” disamping dua bendera yang dilukis oleh Cikgu Siva.

Kredit TikTok

Perkongsian muat naik itu telah berjaya mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna media sosial tersebut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Terima kasih untuk sokongan Cikgu Siva. Ini barulah rakyat Malaysia,” tulis seorang netizen yang berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Cikgu Siva.

“Terima kasih kerana jadi rakyat Malaysia yang berhati mulia dan berperikemanusiaan. Happy Deepavali,” tulis seorang lagi netizen.

“Terima kasih Cikgu. Happy Deepavali. Kita tanpa kira bangsa akan bersatu. Supports Palestine,” tulis seorang lagi netizen yang berbangga dan memberikan ucapan Deepavali kepada Cikgu Siva tersebut.

@koodugal

Pray For Palestine#spreadlove #CikguSiva #artistsoftiktok #huminity #prayforpalestine #freepalestine🇵🇸❤

♬ suara asli – BERITA VIRAL – BERITA VIRAL 💫

Sumber: TikTok/@koodugal 

The post Guru Berbangsa India Buat Kolam Deepavali Bertemakan Bendera Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*