Haaland Lebur Rekod Gol Liga Perdana Manchester City

rekod gol haaland

Haaland Lebur Rekod Gol Liga Perdana Manchester City

Jaringan kemenangan penyerang berbisa, Erling Halaand ketika menentang Bournemouth semalam berjaya meleburkan rekod Sergio Aguero untuk gol terbanyak Liga Perdana (EPL) oleh pemain Manchester City dalam satu musim, lapor Talk Sport.

Penyerang warga Norway itu telah menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan untuk aksi cemerlang Manchester City apabila menang 4-1 ke atas Bournemouth untuk terus mengejar pesaing kejuaraan Arsenal.

Menurut Talk Sport, jaringan Haaland adalah gol liga ke-27 untuknya dengan hanya 24 penampilan sepanjang musim ini.

Sebelum ini, rekod gol terbanyak ini telah dipegang oleh lagenda City, Sergio Aguero yang menjaringkan 26 gol pada musim 2014/15. Bagaimanapun, jumlah gol Haaland pada ketika ini telah melebihi jumlah tersebut (gol Aguero) dengan berbaki 13 perlawanan untuk menamatkan musim ini.

Bagaimanapun, rekod jaringannya itu tidak dapat menandingi penyerang Manchester United, Marcus Rashford yang tersenarai sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 11 gol.

Walaupun, prestasi Haaland dilihat semakin merosot kebelakangan ini, namun tidak dinafikan penglibatan Haaland dalam City terbukti sebagai usaha penting untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana mereka.

Haaland lebur Rekod Gol Liga Perdana
Kredit: Talk Sport

City Rapatkan Semula Kedudukan Dengan Arsenal

Kemenangan sekali lagi memihak kepada Manchester City dalam aksi bertemu Bounemouth di stadium Vitality, pada Ahad.

Aksi dimulakan dengan gol pembukaan daripada pemain muda City, Jullian Alvarez seawal minit ke-15 yang dilihat mengelirukan benteng pertahanan lawan sekali gus menumpaskan penjaga gol Bournemouth.

Beberapa minit kemudian, stadium kembali digegarkan dengan jaringan kedua daripada pemegang rekod baharu gol terbanyak City, Haaland pada minit ke-29 perlawanan.

Selang beberapa minit selepas gol kedua, Foden sekali lagi menumpaskan benteng lawan dengan meledakkan gol ketiga untuk pasukan itu sekali gus membuatkan City berada pada kedudukan selesa 3-0.

Haaland lebur Rekod Gol Liga Perdana
Kredit: Talk Sport

Bagaimanapun, permulaan babak kedua yang tidak begitu baik untuk Bournemouth apabila City kembali menjarakkan kedudukan dengan 0-4 hasil daripada jaringan pemain lawannya sendiri, Mepham.

Namun dilihat Bournemouth tidak menyerah kalah apabila berjaya menggegarkan gawang City dengan jaringan pada minit akhir oleh pemain tengah, Lerma.

Keputusan 4-1 menjadikan kedudukan Machester City kekal di tangga kedua liga, dua mata di belakang Arsenal sementara Bournemouth terpaksa akur dengan kekalahan yang menjadikannnya kekal di tempat kedua terakhir liga.

Untuk perlawanan seterusnya City dijadualkan bertemu Newcastle pada Sabtu, 4 Mac yang berlangsung dari Stadium Etihad, manakala Bournemouth akan berdepan dengan juara bertahan liga, Arsenal pada pukul 11 malam, waktu tempatan.

 

Sumber: Talk Sport

The post Haaland Lebur Rekod Gol Liga Perdana Manchester City appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*