“Trend” Jual Air Balang Dalam Akuarium Tak Selamat, Ini Sebabnya

air balang akuarium

“Trend” Jual Air Balang Dalam Akuarium Tak Selamat, Ini Sebabnya

Setiap penjual mempunyai pelbagai cara untuk melariskan makanan atau minuman yang dijual oleh mereka. Lagi unik, lagi ramai yang akan memberikan perhatian dan sudah tentulah menarik para pembeli.

Ditambah lagi dengan kewujudan media sosial, pastinya ia menjadi medium yang sangat penting untuk menularkan jualan.

Bagaimanapun, peniaga  seharusnya lebih peka dengan setiap hidangan atau minuman yang dijual kerana ia dibimbangi boleh memberi kesan kepada pembeli.

BACA: Kedai Kenakan Caj Kepada Pelanggan Yang Masuk Tanpa Membeli Apa-Apa

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di media sosial yang menunjukkan “trend” meniaga air balang tetapi ia digantikan dengan bekas akuarium kaca.

Walaupun kelihatan unik dan menarik, ia sebenarnya mempunyai impak yang tidak baik terutama terhadap kesihatan seseorang.

Menurut Public Health Malaysia, bukan semua bahan sesuai untuk menjadi tempat penyimpanan dan penyediaan makanan.

“Untuk keselamatan, pilih bekas yang ada tanda ‘gred makanan’,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

BACA JUGA: Mara Ke Peringkat Seterusnya, Suara Serak Basah Cakra Khan Pukau Penonton & Juri Di AGT 

Jelasnya lagi, penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan.

Ia juga mempunyai bahan-bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser.

“Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah-celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat.

“Peniaga diingatkan untuk mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna perlu bijak memilih premis makanan yang selamat,” katanya.

Justeru, peniaga dinasihatkan untuk menghentikan “trend” air balang akuarium tersebut.

“Trend” jualan air dalam akuarium itu bukan baharu, ia juga telah tular sejak bulan Ramadan lalu yang menyaksikan peniaga bazar menjualnya.

Sejak tular ia mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Malah, ada yang menegaskan bahawa akuarium sememangnya sukar untuk dibersihkan, lebih-lebih lagi di celah-celahan.

BACA JUGA: Lelaki Ni Ajar Cara Nak Tengok Tahun Pembuatan Tayar, Tak Kena Tipu Dah

Sumber: Public Health Malaysia

The post “Trend” Jual Air Balang Dalam Akuarium Tak Selamat, Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*