Hanya Guna 3 Bahan, Lelaki Ajar Cara Mudah Buat Tempe Di Rumah

cara buat tempe

Hanya Guna 3 Bahan, Lelaki Ajar Cara Mudah Buat Tempe Di Rumah

Kalau anda penggemar makanan Indonesia, mesti pernah ternampak atau makan tempe yang selalu diletak sebagai hidangan sampingan dalam menu masakan mereka.

Tempe merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada kacang soya diperam dalam tempoh waktu tertentu. Ia banyak dijual di kedai-kedai atau pasar raya dengan harga yang murah dan berpatutan.

Namun tahukah anda sebenarnya mudah sahaja cara untuk buat tempe ni? Semudah ABC kata orang, lagi pun bila buat sendiri sudah pasti dijamin halal dan bersih.

Bagaimana cara dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan tempe?

Persoalan di atas ada jawapannya, mari ikuti perkongsian lelaki dari Indonesia ini yang mengajar cara untuk membuat tempe dengan mudah di rumah anda sendiri.

Perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki yang menggunakan nama @mewalikjaya di akaun TikTok miliknya telah mendapat tontonan melebihi dua juta tontonan.

Menurutnya, bahan utama untuk membuat tempe tersebut adalah kacang soya seberat satu kilogram.

Kacang soya itu perlu dibersihkan sebanyak dua atau tiga kali sehingga ia betul-betul bersih. Kemudian kacang soya tersebut perlu direbus selama 30 minit lalu digantikan airnya.

Kredit Mewalikjaya via TikTok
Kredit Mewalikjaya via TikTok

Rendam semalaman kacang soya tadi dan tutup bekas tersebut menggunakan kain bersih.

Keesokan harinya, bilas lalu kupas dan buang kulit kacang soya tadi sehingga ia benar-benar bersih. Anda boleh lakukan teknik ini empat hingga lima kali bagi memastikan kacang soya sudah benar-benar bersih.

Selesai membersihkan kacang soya tadi, anda perlu mengukus ia selama 30 minit. Kemudian sejukkan dan keringkan kacang soya tadi sehingga ia betul-betul kering.

Kredit Mewalikjaya via TikTok

Dalam bekas yang lain, sediakan tepung beras sebanyak tiga sudu makan dan satu sudu teh ragi tempe lalu kacau sebati dua bahan tadi.

Kredit Mewalikjaya via TikTok

Campurkan bahan kering tadi ke dalam kacang soya dan pastikan ia digaul rata bersama.

Kredit Mewalikjaya via TikTok

Untuk proses pembungkusan, anda perlu sediakan plastik ikut saiz keperluan tempe yang anda mahukan. Kemudian masukkan campuran bahan tadi ke dalam plastik tersebut.

Plastik bungkusan tadi anda perlu membuat beberapa lubang kecil di setiap sisi depan dan belakang plastik tersebut menggunakan lidi atau benda tajam yang anda ada.

Kredit Mewalikjaya via TikTok

Selepas kaedah pembungkusan selesai, simpan tempe tadi di tempat yang gelap bagi memudahkan proses pembiakan kulat.

Setelah 48 jam, tempe anda sudah siap dan sedia untuk dimasak mengikut menu yang anda inginkan.

Kredit Mewalikjaya via TikTok
Kredit Mewalikjaya via TikTok

Ramai berminat dengan resepi tersebut

Perkongsian tersebut telah mendapat komen yang pelbagai dari pengguna TikTok. Mereka juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan cara pembuatan tempe tersebut.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Terima kasih sahabat kerana berkongsi resepi,” tulis seorang netizen.

“Terbaik abang, minta izin resepinya, nanti saya mahu cuba buat,” tulis seorang lagi netizen yang turut mahu membuat tempe tersebut.

“Wow sangat bermanfaat, tak rugi follow,” tulis seorang netizen yang mendapat manfaat dari perkongsian pengguna TikTok tersebut.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

@mewalikjaya

Cara Membuat Tempe Sendiri Kedelai 1 kg Tepung Beras 3 sdm Ragi Tempe 0,5 sdt #tempe #masak #masakdirumah #masakansimple #masakanrumahan #masakan #masakanindonesia

♬ Cooking BGM (Japanese style) – ArcTracks

Sumber: Mewalikjaya via TikTok

The post Hanya Guna 3 Bahan, Lelaki Ajar Cara Mudah Buat Tempe Di Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*