Pengangkutan Awam Jerman Lumpuh, Pekerja Mogok Protes Kenaikan Gaji

mogok besar-besaran jerman

Pengangkutan Awam Jerman Lumpuh, Pekerja Mogok Protes Kenaikan Gaji

Rangkaian pengangkutan awam di Jerman pada semalam dilapor hampir lumpuh gara-gara gelombang mogok besar-besaran oleh sebahagian besar rakyat negara itu ketika ini.

Malah difahamkan, mogok tersebut dikatakan antara salah satu protes yang terbesar di negara itu dalam tempoh beberapa dekad.

Lapor BBC, kakitangan di lapangan terbang, pelabuhan, kereta api, bas dan kereta api bawah tanah kebanyakannya masing-masing tekad tidak mahu bekerja.

Difahamkan mereka keluar turun ke jalanan selepas tengah malam untuk melakukan mogok selama 24 jam mengenai kadar pendapatan yang tidak memuaskan.

Dua daripada kesatuan pekerja terbesar Jerman menuntut gaji yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faesar berkata beliau bersifat optimis bahawa persetujuan akan dicapai pada minggu ini.

“Ramai pekerja perkhidmatan awam mengalami kenaikan daripada segi elektrik dan petrol serta inflasi yang kian meningkat.

“Oleh itu, tugas kami adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini,” katanya pada Isnin.

Difahamkan, terdapat beberapa kumpulan pekerja tekad berhenti kerja, menjadikannya sebagai pemberhentian kecil yang dilakukan oleh penjawat awam.

Mogok besar-besaran semalam turut menjejaskan perkhidmatan komuter dan kereta api negara yang dikendalikan oleh Deutsche Bahn, syarikat pengendali kereta api nasional Jerman.

Malah perkhidmatan pengangkutan tempatan, termasuk trem dan bas juga tidak beroperasi di tujuh negeri.

“Harga petrol dan makanan telah meningkat,” kata salah seorang penunjuk perasaan di Berlin.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Penerbangan turut dibatalkan

Kredit: AFP

Tidak kurang juga, beribu-ribu penerbangan turut dibatalkan termasuk di dua lapangan terbang terbesar di negara itu, Munich dan Frankfurt.

Manakala beberapa penerbangan dari Lapangan Terbang Munich juga terganggu pada Ahad disebabkan tindakan mogok itu.

Persatuan Lapangan Terbang Jerman berkata kira-kira 380,000 penumpang akan terjejas disebabkan mogok itu.

Deutsche Bahn adalah antara organisasi yang mengecam mogok itu dan menyifatkannya sebagai sangat berlebihan, tidak berasas dan tidak perlu (diadakan).

Beberapa wakil majikan juga telah memberi amaran kepada kesatuan sekerja kerana membuat tuntutan yang tidak munasabah serta berisiko.

Kesatuan Sekerja Verdi mewakili kira-kira 2.5 juta pekerja di seluruh sektor awam, termasuk dalam pengangkutan awam dan di lapangan terbang.

Manakala, kesatuan kereta api dan pengangkutan EVG mewakili kira-kira 230,000 pekerja di Deutsche Bahn dan syarikat bas yang lain.

Verdi menuntut kenaikan gaji sebanyak 10.5 peratus untuk kakitangan dan EVG sebanyak 12 peratus.

Kedua-dua kesatuan sekerja itu berharap mogok tersebut akan meningkatkan tekanan ke atas majikan semasa rundingan gaji diadakan pada minggu ini.

Sumber: BBC

BACA: Mogok: Empat Lapangan Terbang Jerman Batalkan Penerbangan

The post Pengangkutan Awam Jerman Lumpuh, Pekerja Mogok Protes Kenaikan Gaji appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*