“Hanya Keluar Makan,” Pekin Nafi Rakan Berlumba Semasa Bawa Kereta GR Yaris Kansai Edition

pekin rakan gr yaris

“Hanya Keluar Makan,” Pekin Nafi Rakan Berlumba Semasa Bawa Kereta GR Yaris Kansai Edition

Pelakon Pekin Ibrahim menafikan kemalangan yang melibatkan kereta jenis GR Yaris Kansai Edition miliknya baru-baru ini di Putra Heights bukan disebabkan oleh perlumbaan kereta.

Dalam satu perkongsian di Youtube, pelakon berusia 41 tahun itu menjelaskan rakan-rakannya menggunakan kereta tersebut hanya untuk pergi keluar makan.

“Benda ini bukan berlumba, mereka hanya pergi makan dan balik semula ke kedai mereka.

“Benda ini berlaku sekelip mata. Saya tidak mahu bercakap banyak kerana mereka masih lagi trauma.

“Tunggu semuanya stabil baru kita bincang mengenai perkara itu,” jelasnya.

Baginya dia perlu untuk menjelaskan perkara tersebut kerana ramai yang sudah mengetahui mengenai kereta GR berkenaan.

Kredit: Pekin Ibrahim/Youtube

Ini kerana lokasi kemalangan itu adalah tempat hotspot dan orang ramai mula mula memuat naik gambar di media sosial.

“Kalau ikutkan saya memang tidak mahu memberitahu pun mengenai kemalangan itu, tetapi satu Malaysia sudah tahu mengenai kereta itu berdasarkan content Youtube saya.

“Kemalangan pula di Putra Heights, ramai sangat yang lalu lalang, yang ambil video. Ramai ingatkan saya kemalangan,” jelasnya.

“Bukan saya yang bawa”

Pekin turut menegaskan dia tidak memandu kereta itu semasa hari kejadian dan tidak terlibat dengan kemalangan tersebut.

“Ramai sangat yang telefon, WhatsApp, direct message (DM) yang bertanyakan perkhabaran okay ke tidak sebab ramai yang fikir saya yang bawa kereta itu.

“Sebenarnya bukan saya yang bawa, rakan saya yang bawa,” ujarnya.

Kredit: Pekin Ibrahim/Youtube

Dalam pada itu, Pekin turut menjelaskan dia masih lagi mempunyai banyak video berkaitan kereta tersebut yang masih belum disunting.

Jelasnya, rakaman-rakaman itu akan dijadikan sebagai tribute kepada keretanya.

“Banyak lagi video yang tidak edit berkaitan GR ini.

“Tiada mood nak sunting,” katanya.

BACA: Basuh Kereta Guna Pencuci Pinggan Amalan Mengarut?

Hati-hati di jalan raya

Pekin turut menasihatkan agar orang ramai berhati-hati di jalan raya, lebih-lebih lagi apabila memandu kereta kawan.

“Yang penting pengajaran jugalah untuk kita semua berhati-hati di jalan raya. 

“Kalau kita dapat kereta kawan ini, kita kalau boleh cuba dahulu, biasakan dengan jentera. Kita kena buat macam kereta orang.

“Tapi kita bukan nak salahkan sesiapa namun perkara dah jadi,” katanya.

Walau bagaimanapun pelakon itu akur dan mengatakan itu bukan rezeki untuknya.

Sumber: Pekin Ibrahim/Youtube

The post “Hanya Keluar Makan,” Pekin Nafi Rakan Berlumba Semasa Bawa Kereta GR Yaris Kansai Edition appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*