Hanya Perlukan 3 Bahan, Ini Cara Hilangkan Karat Pada Tudung

cara hilangkan karat

Hanya Perlukan 3 Bahan, Ini Cara Hilangkan Karat Pada Tudung

Di Malaysia, lazimnya kita akan menyidai pakaian pada ampaian atau mana-mana tempat yang disinari cahaya matahari.

Hal ini disebabkan, negara kita sering menerima cahaya matahari yang terik sepanjang tahun, bersesuaian dengan negara yang beriklim tropika.

Oleh sebab itu, kita jarang melihat orang kita membeli mesin pengering (dryer) di rumah dan lebih memilih untuk mengeringkan pakaian di luar rumah.

Jika kita memerhatikan para pelanggan di kedai dobi layan diri, kebiasaan mereka akan datang sama ada untuk mengeringkan bahan jemuran yang terlalu besar dan tebal seperti comforter dan selimut atau kekurangan cahaya matahari pada musim tengkujuh.

Walau bagaimanapun, perbuatan menyidai ini juga kadangkala memberikan satu risiko, iaitu terkena bahagian berkarat pada tempat penyidai.

Tempat-tempat yang biasanya dipilih menjadi tempat menggantung pakaian biasanya diperbuat daripada besi disebabkan kekuatan bahan tersebut.

Pada masa yang sama, akibat kerap terdedah dengan wap air daripada bahan jemuran, besi-besi di tempat penyidai cenderung untuk lebih cepat berkarat berbanding besi-besi yang lain.

Perkara ini telah meningkatkan kebarangkalian tudung kita untuk terkena kesan karat, lagi-lagi pada sesiapa yang gemar meletakkannya berdekatan dengan tingkap besi.

Bagi menangani masalah tudung yang terkena kesan karat ini, akaun @ohmybunda telah menunjukkan cara untuk menghilangkan kesan karat pada tudung atau mana-mana fabrik yang mirip dengannya.

Hanya perlukan tiga bahan untuk hilangkan kesan karat pada tudung

Menurut Ohmybunda, helah ini hanya memerlukan tiga bahan dan kesemua bahan ini merupakan bahan-bahan yang mudah ditemui di persekitaran rumah iaitu ubat gigi, cuka dan air kola.

Masukkan ketiga-tiga bahan tersebut dalam satu bekas dengan purata 1:1:1. Kemudian, adukkan bahan-bahan tersebut sehingga ia menghasilkan satu campuran yang berbuih putih.

Selepas itu, ambil fabrik yang terkena kesan karat tadi dan gosokkan campuran berbuih putih tadi sehingga kesan karat hilang.

Apabila kesan karat hilang, cuci dengan air bersih dan tudung anda akan kelihatan seperti sedia kala. Anda juga boleh membasuhnya dengan menggunakan sabun detergen seperti biasa.

Diingatkan bahawa kesan tips ini mungkin berbeza-beza mengikut jenis fabrik kain yang digunakan.

@ohmybunda

Reply to @sarasaufi TIPS HILANGKAN KARAT PADA TUDUNG/KAIN. Next? #fyp #foryou #ohmybunda

♬ Kucu Kuca – Chorus – Lia Aziz

BACA: Butang Penting Ada Pada Kereta, Tapi Ramai Jarang Guna, Ini Fungsinya

Sumber: @ohmybunda via TikTok

The post Hanya Perlukan 3 Bahan, Ini Cara Hilangkan Karat Pada Tudung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*