Rayu Minta Makan Dari Rumah Berkunci, Bongkar Kanak-Kanak 4 Tahun Didera

Rayu Minta Makan Dari Rumah Berkunci, Bongkar Kanak-Kanak 4 Tahun Didera

Rayu Minta Makan Dari Rumah Berkunci, Bongkar Kanak-Kanak 4 Tahun Didera

IPOH, 3 Ogos (Bernama) — Rayuan sayu seorang kanak-kanak berusia empat tahun di sebalik jeriji berkunci rumahnya untuk meminta makanan dari orang ramai, membongkar kisah beliau menjadi mangsa dera ibu dan teman lelaki wanita itu.

Kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dan dipenuhi kesan luka seluruh badan itu, kemudian diselamatkan polis, selepas menerima laporan daripada orang awam semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima panggilan 4.30 petang semalam, memaklumkan mengenai seorang kanak-kanak yang tinggal di sebuah rumah pangsapuri di kawasan Menglembu, disyaki didera penjaganya.

“Mangsa ditemukan oleh saksi orang awam dalam keadaan kelaparan dan terdapat kesan kecederaan di seluruh badan. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu Yahaya berkata polis menahan seorang lelaki dan wanita berusia 25 dan 23 tahun di rumah yang sama, kira-kira 3 petang hari yang sama.

Yahaya berkata polis turut merampas paip getah dan rotan yang digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.

“Lelaki yang merupakan pengutip kotak dan wanita yang bekerja sebagai tukang cuci itu, suspek direman selama lima bermula hari ini hingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Mangsa telah ditahan wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan dan permerhatian,” katanya yang juga memaklumkan lelaki itu didapati positif dadah methamphetamine.

Yahaya berkata polis sedang melengkapkan siasatan kes dan akan merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

BACA: Penganjur Konsert MUSE Beri ‘Hint’, Bawa Konsert MCR Tahun Depan?

Sumber: Bernama

The post Rayu Minta Makan Dari Rumah Berkunci, Bongkar Kanak-Kanak 4 Tahun Didera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*