Hanya Sempat Beraya Bersama Enam Hari, Dua Beradik Maut Kemalangan Dengan Lori Simen

Dua Beradik Maut

Hanya Sempat Beraya Bersama Enam Hari, Dua Beradik Maut Kemalangan Dengan Lori Simen

Hanya sempat meraikan Aidilfitri bersama tahun ini selama enam hari, dua beradik  dilapor terkorban dalam kemalangan maut di Jalan Stirau, Stumbin, semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa pertama bernama Joll Mohamad, 56, menemui ajal selepas kenderaan jenis Proton Ezora yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen.

Manakala kakaknya, Latifah berusia 62 tahun yang menumpang kenderaan itu turut meninggal dunia.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.27 petang.

Susulan itu, pihaknya segera mengatur gerak sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS dari Balai Sri Aman dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan segera mengeluarkan dua mangsa daripada kenderaan Proton Exora, yang tersepit di ruang pemandu dan penumpang belakang.

“Kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Sri Aman,” jelasnya.

Dua orang mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa di dalam kenderaan terbabit berjaya dikeluarkan lebih awal. Kemudian, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Sri Aman oleh paramedik Angkatan Pertahanan Awam.

Kredit: Sinar Harian

Tambah Henderi, pemandu lori, 43 tahun, turut tersepit setelah kenderaan yang dipandunya terhumban ke dalam parit.

“Mangsa yang cedera ringan berjaya diselamatkan setelah lori terbabit ditarik keluar menggunakan sebuah jengkaut,” ujarnya.

Menurut Henderi lagi, kedua-dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

BACA: Paderi Australia Ditikam Sewaktu Lakukan Siaran Langsung

Sumber: Sinar Harian

The post Hanya Sempat Beraya Bersama Enam Hari, Dua Beradik Maut Kemalangan Dengan Lori Simen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*