Ibu Chef Wan, Che Ani meninggal dunia 

PETALING JAYA – Ibu kepada chef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan telah meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi tadi.

Khabar duka tersebut dikongsikan oleh Chef Wan dalam hantaran Instagramnya yang kehilangan ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ani selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur.

“Ibu kesayangan saya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.20 pagi di Hospital Glenaegles.

“Semoga rohnya tenang, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.

Allahyarham dimasukkan ke hospital akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit seperti alzheimer dan dimentia.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Putra, Putrajaya dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Putra Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10.

“Terima kasih atas ucapan dan doa daripada kalian buat ibu saya, al-Fatihah,” tambahnya.

Dalam pada itu, beberapa rakan artis meninggalkan komen ucapan takziah berserta mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

“Salam takziah Datuk. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah, di tempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” tulis Alif Satar.

“Al-Fatihah. Salam takziah Datuk. Teringat senda gurau Datuk dengan ibu. Semoga disatukan semula di syurga,” ujar Haiza Hanafi.

Sebelum ini, Chef Wan menerusi hantaran Instagram ingin membawa ibunya pulang ke rumah selepas mendapatkan nasihat daripada doktor.

Namun, hajatnya terpaksa dibatalkan apabila dia tidak yakin dapat menjaga ibunya dengan baik kerana melihatkan penjagaan rapi yang dilakukan oleh pihak hospital. -KOSMO! ONLINE

The post Ibu Chef Wan, Che Ani meninggal dunia  appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*