Hanya Tangan Yang Bergerak, Rakaman Penduduk Gaza Terperangkap Bawah Runtuhan Tular

penduduk gaza terperangkap

Hanya Tangan Yang Bergerak, Rakaman Penduduk Gaza Terperangkap Bawah Runtuhan Tular

Pergolakan yang berlaku di Palestin kini sudah berlarutan dan seakan tiada penghujungnya.

Angka kematian saban hari juga semakin meningkat melibatkan penduduk yang tidak berdosa dan bersalah.

Letupan demi letupan menggegarkan bumi Palestin saat penduduk dunia yang lain lena tidur di ulit mimpi.

Terbaru, sebuah video yang memaparkan seorang penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan telah tular di media sosial.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh pengguna laman X yang bernama @WarMonitors.

Berdasarkan video perkongsian tersebut, penduduk yang terperangkap itu hanya mampu meminta bantuan dengan menghulurkan tangan dari celahan runtuhan.

Mangsa yang berada di bawah runtuhan dilihat cuba melambai-lambai ke arah orang ramai agar dia dapat dilihat.

Kredit X

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah bandar kecil yang dikenali sebagai Jabalia, Gaza pada 12 Oktober lalu iaitu semalam.

Menerusi perkongsian itu lagi, lambaian penduduk yang terperangkap itu akhirnya dilihat oleh orang ramai yang berada di sekitar kawasan runtuhan tersebut.

Kredit X

Bagaimanapun, apa kesudahan atau keadaan penduduk itu tidak dapat diketahui berikutan video hanya berakhir dengan penemuan tersebut.

Perkongsian itu juga telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Mereka juga telah meninggalkan komen mereka berkenaan kejadian tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Sangat teruk. Kesakitan itu tidak dapat dibayangkan,” tulis seorang netizen.

“Kejadian yang sangat menyedihkan,” tulis seorang lagi netizen yang bersimpati.

“Ia satu pemandangan yang sedih untuk dilihat,” tulis seorang lagi yang sedih melihat kejadian itu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber:X/@WarMonitors

The post Hanya Tangan Yang Bergerak, Rakaman Penduduk Gaza Terperangkap Bawah Runtuhan Tular appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*