‘Hari Ini Kita Menang Esok Minyak Turun’ Dipersetujui Oleh Keadilan, DAP & PAS, Dakwa Anwar

anwar minyak turun

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa janji  ‘Hari ini kita menang, esok minyak turun’ satu ketika dahulu adalah turut dipersetui oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dakwa Anwar, usaha itu pernah dipersetujui oleh komponen PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Ada yang mempertikaikan soal minyak, ‘hari ini kita menang, esok minyak turun’ itu disindir oleh ketua pembangkang.

“Ya dengarlah dulu, sabar, bila saya sebutkan perkara itu semasa Keadilan, DAP dan Pas bersama (dalam PR).

“Apa yang saya sebut itu dipersetujui oleh Keadilan, DAP dan Pas,” katanya ketika pembangkang membangkitkan isu harga minyak tidak turun apabila beliau sudah menjadi Perdana Menteri.

Kemudian, Dewan Rakyat mula menjadi kecoh di mana rata-rata ahli Parlimen mula mengutarakan pendapat mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membantah perkara itu dengan mengatakan pihaknya tidak pernah bersetuju dengan perkara tersebut.

“Terima kasihlah, saya bersama ketika itu dan saya nak beritahu PAS tidak pernah bersetuju langsung,” jawabnya.

“Datuk, saya setuju dia junior. Masa itu dia belum lagi pimpinan. Beliau hanya terlibat dalam forum perdana sahaja,” ujar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Anwar menjelaskan Ahli Parlimen Kubang Kerian pada ketika itu mempunyai pendirian yang tidak tetap.

“Kubang Kerian pada masa itu belum betul, tapi kemudian kata tidak setuju. Tidak apalah saya terima.

“Pada masa itu, Menteri Pertanian merupakan timbalan presiden dan dalam mesyuarat beliau perakui oleh pimpinan Pas bersama. Tetapi tidak mengapa.

“Masa itu, berapa harga minyak Arab Saudi? 50 sen per liter. Sekarang saya jadi PM, berapa harga petrol tahun 2018? Di Malaysia, RM2.21, Arab Saudi masa itu dah naik RM2.19.

“Sekarang dah 2023, dengar baik-baik. Berapa harga minyak di Arab Saudi? RM2.84 sen. Berapa hanya minyak di Malaysia? RM2.05 sen.

“Kita ambil kira ini, kiranya penaikan dan penurunan minyak, maknanya minyak kita masih rendah. Berapa harga minyak di Brunei? Masa itu, Brunei rendah, Arab Saudi lagi rendah.

“Brunei sekarang RM1.84 sen. Oleh itu, untuk terus gunakan komen dan hujah bersama-sama Pakatan Rakyat tidak sebenarnya tepatlah,” kata Anwar menutupi hujahnya.

BACA: PM Anwar Ketuai Delegasi Malaysia Ke Unga Ke-78

Kemudiannya, Ahli Parlimen Bagai Serai, Datuk Idris Ahmad pula menyatakan petikan daripada laporan berita mengenai Anwar.

“Terima kasih penjelasan yang baik daripada PM, cuma saya nak quote laporan Berita Harian 17 Julai 2022, ‘saya tak jadi PM macam mana minyak nak turun,” katanya.

Sementara itu, Anwar mengakui apa yang dikatakan oleh Idris adalah benar.

“Saya sebut tentang kadar harga sekarang, betul. Itu semasa perhimpunan konvension Keadilan,” tambahnya.

Sumber: Awani

The post ‘Hari Ini Kita Menang Esok Minyak Turun’ Dipersetujui Oleh Keadilan, DAP & PAS, Dakwa Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*