Malaysia Berpegang Teguh Cari Kebenaran, Keadilan Bagi Pesawat MH17

malaysia kebenaran mh17

Malaysia Berpegang Teguh Cari Kebenaran, Keadilan Bagi Pesawat MH17

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan Malaysia akan berpegang teguh dalam mencari kebenaran, keadilan dan akauntabiliti atas tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17.

Dalam satu kenyataan yang memperingati tragedi itu, hari ini merupakan ulang tahun kesembilan pesawat MH17 jatuh.

Pada 17 Mac lalu, Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada mesyuarat sesi ke-228 telah memutuskan untuk meneruskan pendengaran berhubung Penyelesaian Perbezaan antara pihak yang berkonflik

Hari ini menandakan ulang tahun kesembilan tragedi jatuhnya pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17.

Keputusan kes jenayah mengenai tragedi pesawat MH17 telah disampaikan oleh Mahkamah Daerah The Hague di Belanda pada 17 November 2022.

Kesimpulan itu menandakan satu peristiwa penting dalam mendedahkan kebenaran dan mewujudkan keadilan untuk semua 298 mangsa dan waris mereka, termasuk 43 rakyat Malaysia yang berada di dalam pesawat yang ditakdirkan itu.

Namun begitu, usaha mencari keadilan tidak berakhir dengan perkembangan ini.

“Malaysia bertekad bahawa proses itu mesti merungkai kebenaran, keadilan dan akauntabiliti,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

MOT turut mengulangi rasa simpati dan memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami berasa simpati dan ucap takziah kepada keluarga dan orang tersayang mangsa nahas Penerbangan MH17,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan, pada 17 Julai 20202, boeing 777 tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat itu telah ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Mahkamah tetapkan keputusan

Beberapa bulan yang lalu, Mahkamah Daerah The Hague memutuskan bahawa dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014.

Mereka ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko.

Bagaimanapun, mahkamah itu membebaskan seorang lagi warga Rusia iaitu Oleg Pulatov daripada pertuduhan sama.

Prosiding jenayah terhadap keempat-empat lelaki bermula pada 9 Mac 2020.

Bagaimanapun, kesemua defendan tidak pernah hadir pada prosiding itu sehingga menyebabkan mahkamah memutuskan bahawa mereka dibicarakan secara ‘in absentia’ di bawah undang-undang Belanda.

Sumber: @MOTMalaysia/Twitter

BACA: Parlimen: Tindakan Pelawak Perlekeh Tragedi MH370 Wajar Dikutuk, Kecam

The post Malaysia Berpegang Teguh Cari Kebenaran, Keadilan Bagi Pesawat MH17 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*