Hati Tetap Pilih Malaysia, Rhys Tak Sabar Mahu Pulang Makan Nasi Lemak

hati rhys pilih malaysia

Hati Tetap Pilih Malaysia, Rhys Tak Sabar Mahu Pulang Makan Nasi Lemak

Pepatah ada mengatakan walaupun individu memilih untuk berada di negeri orang, namun adalah lebih baik menetap di negeri sendiri, ibarat hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Kebiasaannya, pepatah itu digunakan untuk rakyat Malaysia yang menetap di luar negara namun pada kali ini, ia amat sesuai untuk Rhys William yang merindukan Malaysia yang diibaratkan seperti negaranya sendiri.

Kira-kira 10 tahun, blogger dan ‘pemburu’ makanan warga Britain terkenal itu telah mendiami Malaysia dan meneroka semua pelusuk makanan di negara ini.

“Malaysia rumah pertama saya,” – Rhys

Baru-baru ini, Mat Salleh Cari Makan itu dilaporkan telah pulang ke negara asalnya di United Kingdom (UK). Baginya, walaupun negara Eropah itu adalah tempat kelahirannya namun, hati Rhys tetap pilih Malaysia.

Dalam satu hantaran di Facebook, Rhys meluahkan perasaannya apabila dia berada di UK.

Siap menggunakan peribahasa menunjukkan seperti penduduk tempatan, Rhys berkata dia sememangnya amat merindui UK tetapi ada yang kurang apabila tiba di sana.

“Bagai sirih pulang ke gagang..

“Walaupun memang rindu UK dan rasa seronok balik UK sekejap, hati saya tetap di Malaysia,” kata Rhys.

Pejam celik, hampir berpuluh tahun dia menduduki Malaysia dan menjadi pencipta kandungan yang mempromosikan keunikan di negara ini.

Oleh yang demikian, rasa cinta Rhys terhadap negara asia ini telah berkembang hingga menyebabkan dia berasa selesa di sini.

BACA: Owner Sanggup Bayar ‘Lebih’ Untuk Review, Rhys Tolak Demi Prinsip & Ini Sebabnya

Tidak pernah lali dengan Malaysia, Rhys dengan rasa rindunya yang membuak-buak berkata orang ramai perlu menyediakan nasi lemak untuk menyambut ketibaannya nanti.

“Tahun ni merupakan tahun ke-10 saya dah duduk di Malaysia, dan memang saya menganggap Malaysia sebagai rumah pertama saya.

Standby nasi lemak… I am coming home,” memetik hantaran pada Rabu.

Tidak dinafikan Malaysia sememangnya dilabel sebagai syurga makanan susulan dengan kepelbagaian bangsa yang ada di sini.

Siapa sahaja yang tidak merindukan Malaysia? Ketika berada di negara luar pastinya teringat-ingat akan makanan yang ada di negara ini.

Sudah pasti perkara pertama yang dicari apabila tiba adalah nasi lemak dan roti canai, seperti Rhys yang merindukan makanan itu.

Sumber: Mat Salleh Cari Makan via Facebook

The post Hati Tetap Pilih Malaysia, Rhys Tak Sabar Mahu Pulang Makan Nasi Lemak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*