Yayasan AmanahRaya Sumbang 330 Kelengkapan Persekolahan Pelajar SK Semariang

Kuching, 15 September 2023 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan  AmanahRaya hari ini telah menyumbang kelengkapan persekolahan seperti beg sekolah  dan alat tulis kepada tiga ratus tiga puluh (330) pelajar Sekolah Kebangsaan Semariang sebagai salah satu inisiatif ‘Give Back to the Community’. 

AmanahRaya yang diwakili oleh Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan, Yang Berusaha  Tuan Jack Yap Ngee Heong dan Ketua Cawangan AmanahRaya Kuching, Yang Berusaha  Encik Hamzah Mohamad telah turun padang membuat serahan berkenaan dalam satu  majlis yang diadakan di Dewan SK Semariang Batu, Kuching, Sarawak. 

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat kali ke-4 bagi tahun 2023 ini dilaksanakan  bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan seiring dengan matlamat kerajaan perpaduan yang mengutamakan kesejahteraan dan  keharmonian masyarakat di Malaysia. 

Selain program berkenaan, AmanahRaya sebelum ini telah mengadakan tiga (3) inisiatif  lain pada awal tahun 2023 seperti misi bantuan banjir, program beli-belah baju raya  bersama penghuni rumah Anak yatim terpilih sekitar Negeri Sembilan dan tajaan menu  rahmah kepada pelajar asnaf Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (UIKL). 

The post Yayasan AmanahRaya Sumbang 330 Kelengkapan Persekolahan Pelajar SK Semariang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*