Hiba, Al-Sultan Abdullah Menitis Air Mata Bersalaman Dengan Pegawai Istana Negara

abdullah menitis air mata

Al-Sultan Abdullah Menitis Air Mata Ketika Majlis Bersalaman Bersama Pegawai Istana Negara

Selepas lima tahun bertakhta sebagai Ketua Utama Negara, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akhirnya menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sifat pekerti yang ramah dan sering mencemar duli berjumpa rakyat telah cukup membuatkan ramai merasa sedih dengan berakhirnya pemerintahan tersebut.

Hiba, YDPA tidak dapat menahan sebak bersalaman kali terakhir dengan pegawai Istana Negara

Terbaru, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah menitiskan air mata dalam sebuah majlis.

Difahamkan, video itu dirakam semasa Majlis Bersalaman bersama pegawai dan kakitangan Istana Negara sebelum secara rasmi menyerahkan takhta kepada Raja yang seterusnya.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @sophianabrahman.

Menerusi perkongsian video itu, YDPA Al-Sultan Abdullah dilihat berdiri di atas sebuah pentas sambil beberapa pegawai menyembah menghadap.

Al-Sultan Abdullah turut ditemani Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah dalam majlis tersebut.

Ketika dua pegawai tersebut menyembah dan menghadap Al-Sultan Abdullah, Baginda dilihat menyeka air matanya menggunakan sapu tangan putih.

Salah seorang daripada pegawai tersebut turut dilihat tidak dapat menahan sebak dan menundukkan kepala selepas menghadap YDPA.

Genap lima tahun pemerintahan Baginda ternyata telah memberi kesan yang mendalam kepada ramai rakyat jelata.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakyat jelata telah meninggalkan komen mereka berkenaan dengan keperibadian Baginda.

“Terima kasih rakyat Pahang. Pinjamkan Sultan kepada negara yang di sayangi seluruh rakyat tak kira kaum dan agama,” tulis seorang pengguna.

“Agong dan permaisuri yang betul-betul mmenangi hati kami,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

@sophianabrahman77

Majlis Bersalaman Bersama Pegawai dan Kakitangan Istana Negara. Allah peliharakanlah Raja patik dunia & akhirat. Dauat Tuanku 🙏

♬ Sampai Jumpa – Endank Soekamti

 

Istiada Keberangkatan Balik YDPA

Pada hari ini, kita juga akan menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kembali ke negeri Pahang.

Istiadat ini bagi menjunjung kasih tanda penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas jasa dan pengorbanan Seri Paduka berdua.

Istiadat khas itu berlangsung ringkas namun penuh simbolik dengan adat istiadat Melayu yang melambangkan keunikan institusi diraja di negara ini.

Al-Sultan Abdullah, 64, yang melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019, dan Tunku Azizah berangkat meninggalkan Istana Negara kira-kira 8 pagi diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: TikTok/@sophianabrahman, BERNAMA

The post Hiba, Al-Sultan Abdullah Menitis Air Mata Bersalaman Dengan Pegawai Istana Negara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*