Tukar Benda Ni Je, Lelaki Ajar Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju

cara bagi kipas pusing laju

Tukar Benda Ni Je, Lelaki Ajar Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju

Cuaca panas dan tidak menentu yang melanda negara kita ketika ini sangat merisaukan terutamanya bagi mereka yang memiliki anak kecil.

Dalam keadaan cuaca sebegini walaupun berada di dalam rumah masih boleh terasa bahang panas dari luar.

Yang lagi parah apabila waktu genting macam ini kipas rumah pula boleh buat hal. Sudah buka sampai kelajuan paling tinggi pun tapi kipas masih bergerak perlahan dan tak terasa angin.

Nak beli kipas baru takut mahal pula dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni.

Jangan risau, anda boleh cuba cara ini terlebih dahulu untuk lajukan semula pusingan kipas siling anda.

Mari kita ikuti perkongsian daripada seorang lelaki di TikTok @sayazuhri berkenaan cara mudah untuk melajukan semula pusingan kipas.

Kredit TikTok

Menurut lelaki itu, perkara yang paling penting anda perlu ada ialah kipas kapasitor bersaiz 1.8us atau 2.5 us.

Kredit TikTok

Kapasitor boleh dibeli di kedai ‘hardware’

Kapasitor ini anda boleh dapat di mana-mana kedai ‘hardware’ yang berdekatan dengan rumah anda.

Mula-mula anda perlu gunakan tangga untuk melihat kipas siling anda sebelum membuka penutup bahagian enjin kipas tersebut. Dekat sini anda akan lihat lokasi sambungan kapasitor tersebut.

Langkah seterusnya adalah anda perlu potong wayar pada kapasitor lama tadi untuk mengantikannya dengan kapasitor baharu yang sudah dibeli.

Kredit TikTok

Untuk lebih senang, sewaktu beli kapasitor baru tadi anda terus minta kapasitor yang siap dengan sambungan wayar warna merah dan hitam.

BACA: Lelaki Kongsi Aksi Tenang Isteri Arah, Jinakkan Buaya

Kemudian lankgah terakhir anda hanya perlu sambungkan semula wayar kapasitor yang baru tadi dengan sambungan pada bahagian kipas siling tersebut.

Sekarang kipas siling rumah anda sudah boleh berpusing dengan lebih laju tanpa mengeluarkan wang lebih untuk membeli kipas baru. Selepas ini tak perlulah buka kipas sampai kelajuan paling tinggi lagi.

Diharap dengan perkongsian pada kali ini dapat membantu anda untuk memudahkan urusan anda tanpa perlu berbelanja lebih dan membazir.

@sayazuhri

Kipas lipas siling bukak no 5 tapi still slow? Jom aku kongsikan step cara selesaikan masalah kipas slow #ticerzuhri #learnonzuhri #Repairpeti #petisejuk #selayang #pasangaircond #Servismesinbasuh

♬ original sound – Zuhri Mohd – Zuhri Mohd

Sumber: TikTok via @sayazuhri

The post Tukar Benda Ni Je, Lelaki Ajar Cara Nak Bagi Kipas Pusing Laju appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*