Hilang 14 Bulan, Lelaki Temui Tengkorak Dan Tulang Belakang Warga Emas

tengkorak warga emas

Hilang 14 Bulan, Lelaki Temui Tengkorak Dan Tulang Belakang Warga Emas

Selepas dilapor hilang selama 14 hari, seorang lelaki menemukan tengkorak dan tulang belakang yang dipercayai milik warga emas di lorong berhampiran rumahnya di Kampung Wanarejan Selat, Indonesia pada Jumaat lalu.

Lapor Kompas.com, penemuan tengkorak manusia itu mencetuskan kekecohan penduduk setempat selepas sekian lama nenek dikenali Rumini itu dilaporkan hilang.

Tengkorak dan tulang itu pertama kali ditemui oleh lelaki bernama Lani, penduduk Kampung Wanarejan di lorong rumahnya.

Lelaki berusia 54 tahun itu mengakui baru menyewa di rumah milik wanita itu selepas mendapati kediamannya kosong dan tidak berpenghuni.

“Sudah empat bulan kami tinggal di rumah ini, dan ketika hendak membersihkan lorong sebelah barat rumah itu, baunya sedikit tengik.

“Apabila diperiksa ternyata ada tengkorak dan tulang manusia,” katanya.

Lani menjelaskan, nenek berusia 74 tahun itu sebenarnya mempunyai seorang anak lelaki yang tinggal di Bogor, Jawa Barat.

Namun disebabkan anak-anaknya jarang melawat Rumini, dia tinggal seorang diri di rumahnya.

“Penduduk di sini termasuk adik-beradik mereka menyangka Unit Polis Perkhidmatan Awam telah mengambil Rumini kerana keadaannya yang semakin nyanyuk.

“Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana diberi petunjuk daripada Allah untuk tinggal di rumah ini yang akhirnya menemui mayat Rumini,” ujarnya.

Mayat diuruskan adik-beradik

Penemuan jasad dalam bentuk tulang itu disahkan oleh Ketua Polis Pemalang Mohammad Ghufron.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang penganiayaan berlaku dan mayatnya diserahkan kepada abangnya untuk dikebumikan.

“Proses siasatan telah selesai dan kini mayat telah diserah kepada adik-beradiknya untuk pengebumian sewajarnya,” tambahnya.

Tular berita lelaki dilapor hilang, rupanya pengsan dua hari ketika berjoging

Sebelum ini, dalam kejadian yang sama, media melaporkan mengenai seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar berjoging di kawasan Anjung Bercham Indah sejak 28 Mac lalu telah ditemui selamat kembali ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati bahawa mangsa berusia 32 tahun itu tidak sedarkan diri selama dua hari di lokasi kejadian.

Jelasnya, mangsa mendakwa bahawa terdapat dua lelaki telah mengampirinya dan mengetuk kepalanya dari arah belakang sehingga dia tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah tersedar pada 30 Mac sekitar jam 3 pagi lalu pulang ke rumah dengan sendiri dari tempat kejadian.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit kepala dan kini sedang menerima rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Yahaya lagi, berita kehilangan mangsa telah menjadi tular di media sosial berikutan satu muat naik berkenaan kehilangan mangsa telah dibuat di laman Facebook.

Sumber: Kompas.com

The post Hilang 14 Bulan, Lelaki Temui Tengkorak Dan Tulang Belakang Warga Emas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*