Jemaah Haji Indonesia Minta Turun Dari Pesawat, Terlupa Bagi Ayam Makan Punya Pasal

jemaah haji minta turun pesawat

Jemaah Haji Indonesia Minta Turun Dari Pesawat, Terlupa Bagi Ayam Makan Punya Pasal

Tular sebuah video di media sosial Indonesia berkenaan gelagat seorang jemaah haji warga emas yang mahu turun dari pesawat sejurus sampai Madinah.

Berdasarkan muat naik video itu, jemaah yang berusia 95 tahun itu difahamkan mahu turun dari pesawat kerana terlupa memberi makan haiwan peliharaannya.

Memetik Viva, atuk dalam video itu berkomunikasi dengan pramugari di dalam pesawat menggunakan bahasa Jawa.

“Saya ingin turun, minta bantuan,” kata jemaah haji itu seperti muat naik video @sosmedkeras di Twitter.

Kredit Twitter

Pramugari itu kemudiannya menahan jemaah haji itu dan bercakap dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Melihat keadaan itu, pramugari berkenaan juga sempat tersenyum apabila melihat reaksi jemaah haji tersebut.

Kredit Twitter

Malah jemaah haji lain yang berada di dalam pesawat sama juga hanya mampu tertawa melihat kejadian itu.

Sementara itu, salah seorang lagi jemaah yang lain sempat mencelah dan berkata kepada jemaah itu bahawa mereka kini sudah berada di Madinah.

Menurut ciapan di Twitter itu lagi, jemaah haji tersebut dipercayai merupakan warga dari Majalengka, Jawa Barat.

Jemaah haji tertua dari Indonesia berusia 119 tahun

Terdahulu, salah seorang calon jemaah haji tertua di Indonesia yang berusia 119 tahun dilaporkan nekad menjual tanah dan haiwan ternakannya demi menunaikan rukum Islam kelima.

Memetik Detik.com, jemaah yang bernama Harun bin Senar itu kelihatan gembira ketika ditemui oleh wartawan. Tubuhnya juga dikatakan berada dalam keadaan sihat walaupun sudah berusia lebih daripada satu abad.

Dengan ramahnya, dia menceritakan berkenaan perjuangannya demi menjadi tetamu Allah S.W.T.

Menurut Harun, ini merupakan kali pertama dia diberikan peluang untuk menunaikan Haji. Ceritanya, beliau mula mendaftar pada 2017 lalu dan telah memasuki senarai nama bagi kategori keutamaan senior.

Demi mendaftar haji dan menjadi tetamu Allah, Harun telah menjual tanah dan dua ekor lembu miliknya.

“Umur sudah 119 tahun, sudah enam tahun daftar haji. Tak pernah naik haji sebelum ini. Duit hasil daripada jual tanah dan jual lembu,” kata Harun kepada DetikJatim pada Khamis lalu.

Walaupun sudah berusia 119 tahun, Harun masih mampu berjalan sendirian tanpa bantuan orang lain. Kehidupan hariannya kini tertumpu pada ibadah dan menjual ayam.

Sumber: Viva, Twitter via @sosmedkeras, Instagram/unikinfo_id

The post Jemaah Haji Indonesia Minta Turun Dari Pesawat, Terlupa Bagi Ayam Makan Punya Pasal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*