Mayat Remaja Ditemui Dalam Parit, Lapan Hari Selepas Hilang

Hilang Selama 8 Hari

Mayat Remaja Ditemui Dalam Parit, Lapas Hari Selepas Hilang

Kehilangan seorang remaja perempuan yang menjadi tanda tanya sejak minggu lalu terungkai sekepas mayatnya dijumpai dalam parit.

Menurut Sinar Harian, kenderaan yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas dan dijumpai di Kilometer (KM) 54 Jalan Klang-Teluk Intan, Sungai Haji Dorani pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias mangsa berusia 17 tahun dan mayatnya dijumpai bersama motosikal Yamaha Y15ZR ditunggangnya.

Katanya lagi, kejadian berkenaan disedari seorang peniaga yang sedang melalui jalan tersebut, kira-kira jam 11.15 pagi.

“Keluarga mangsa tampil membuat laporan polis menyatakan remaja itu keluar rumah untuk mengambil duit gaji di sebuah kafe di Sungai Air Tawar pada 25 Februari lalu.

“Mangsa menunggang motosikal milik kakaknya sebelum gagal dihubungi ahli keluarganya,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Ujarnya lagi, orang awam yang menjumpai mayat mangsa terus menghubungi polis dan bomba untuk tindakan lanjut.

Jelas Agus Salim, siasatan awal polis mendapati mangsa yang datang dari arah Sekinchan dipercayai hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit.

“Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sabak Bernam bagi bedah siasat.

“Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

BACA: Malaysia Sedia Buka Semula Kes MH370 – PM

Sumber: Sinar Harian

The post Mayat Remaja Ditemui Dalam Parit, Lapan Hari Selepas Hilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*