Hishammuddin luah hasrat mahu bertanding pemilihan UMNO kali ini

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tanpa berselindung telah menyatakan hasrat untuk bertanding pada pemilihan UMNO kali ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sembrong itu tidak memperincikan jawatan yang akan dipertanding sama ada merebut jawatan tertinggi parti itu.

“Kita kena tunggu mesyuarat PAU kali ini, dan kalau sekiranya keputusan PAU ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan untuk memikirkan untuk bertanding dalam pemilihan akan datang.

“Jawatan apa? kena tunggu ada pertandingan atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ucapan Dasar Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Hishammuddin luah hasrat mahu bertanding pemilihan UMNO kali ini appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*