Berhutang pandai tapi bayar susah, warganet tanya siapa suruh buat pinjaman

Biasalah adat berhutang, bila sampai masa kena bayar bukannya marah apabila dihubungi untuk minta pembayaran.

Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa kerana kerap dihubungi pengutip hutang apabila terlepas tarikh pembayaran pinjaman.

Ingatkan ada yang senasib rupanya hantaran tersebut dikritik warganet yang mempersoal mengapa pengguna tersebut marah kepada pengutip hutang yang hanya menjalankan tugas.

“Pandai hutang pandai bayar. senang. Macam aku dulu fikir buat loan untuk telefon pintar tu menarik tapi lagi baik aku menabung.

“Buat pinjaman ini ada banyak risiko sebab kita tak tahu lagi kewangan kita macam mana pada masa depan,” komen Akim Abd Aziz.

Seorang lagi pengguna, Firdaus Masran mempersoal pemilik hantaran itu kenapa perlu marah sedangkan itu salahnya sendiri.

“Alahai orang minta hutang bayar la. Cuba kau jadi tuan kedai, pelanggan kau tak bayar barang yang dia ambil, Apa kau rasa?

“Ataupun kau kerja tapi bos tak bayar gaji? Nak salahkan orang tapi kau tak sedar diri,” katanya.

Benar membuat pinjaman ada risikonya, jika rasa diri tidak mampu untuk bayar bulanan maka janganlah berhutang.

Baca juga: Buat komen berbaur perkauman masa konsert AR Rahman, pemain hoki wanita digantung

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*