Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Hidap Jantung Berlubang, SLE & Menderita Kanser, Ibu Ini Perlukan Sumbangan Anda

Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Keluarga Penghidap SLE Ini Mohon Bantuan

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun, yang mana badan penghidap akan menghasilkan protein darah secara berlebihan. Protein darah yang turut dipanggil sebagai antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Menurut Persatuan SLE Malaysia, terdapat lebih daripada 10,000 orang  di Malaysia disahkan menghidapi SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini dan punca penyakit SLE masih tidak diketahui.

Penderitaan yang sama turut ditanggung oleh seorang wanita bernama Puteri Hazreen ini.

Wanita yang berusia 37 tahun ini dimaklumkan sudah memiliki masalah kesihatan yang kronik iaitu, masalah jantung berlubang sejak lahir dan sering berulang alik ke hospital sejak kecil lagi.

Sungguhpun keadaan tersebut dilihat sebagai satu kekurangan, Encik Zulkarnain menerima keadaannya isterinya sebagaimana wanita tersebut menerima dirinya, tanpa berbelah bahagi.

Kredit: Facebook

Penyakit yang dihidapi menjadi lebih agresif

Ketika mendirikan rumah tangga, Puteri Hazreen telah disahkan mengidap SLE dan keadaan menjadi semakin buruk selepas pasangan tersebut memperoleh cahaya mata pertama mereka.

Penyakit SLE yang dihidapi isterinya mula bertindak agresif dan menyebabkan keadaan fizikalnya sering lemah dan sukar untuk bergerak.

Sekitar empat tahun lalu, penyakit ini mula menyerang bahagian urat saraf pada belakang mata kirinya dan menyebabkan dirinya kehilangan penglihatan pada mata kiri.

Kemudian, Puteri Hazreen disahkan hamil walaupun sudah memakai implan dan pakar perubatan menasihatkan agar kandungannya yang sudah berusia 5 bulan itu digugurkan kerana disifatkan berisiko tinggi pada November 2021.

Sejak itu, si isteri mula mengalami kemurungan dan perlu dirujuk ke pakar psikiatri.

Pada Julai tahun lepas merupakan kemuncak bagi ujian yang dialami mereka apabila si isteri disahkan mengidap kanser papillary thyroid carcinoma pada tahap tiga.

Bagi mengatasi penyakit yang baru dihidapinya, isteri Encik Zulkarnain sudah pun menjalani pembedahan dan rawatan radio terapi di Institut Kanser Negara (IKN).

Namun begitu, disebabkan Puteri Hazreen turut menghidapi SLE pada masa yang sama, keadaan kesihatannya pada hari ini sangat tidak menentu.

Ada kalanya dia boleh berjalan seperti biasa, ada kalanya dia terpaksa berkerusi roda. Ada juga saat dirinya terpaksa terlantar di katil kerana tidak memiliki kudrat untuk bangun seperti dahulu.

Kredit: Facebook

Keadaan kewangan yang sempit makin menyesakkan dada keluarga ini

Pada masa yang sama, Encik Zulkarnain bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji yang kerap dipotong disebabkan dia terpaksa mengambil cuti untuk membawa isteri mendapatkan rawatan di hospital.

Itu tidak termasuk waktu isterinya terpaksa ditahan dalam wad, Encik Zulkarnain juga terpaksa mengambil cuti tidak berbayar untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil dan dibangku sekolah.

Secara logiknya, jika cuti diambil dengan kerap maka, jumlah gaji yang diterimanya menjadi tidak seberapa. Disebabkan kekurangan sumber pendapatan, bekalan elektrik di rumah mereka baru-baru ini telah dipotong disebabkan tunggak bil yang tidak dibayar.

Kredit: Facebook

Namun, di dalam kesukarannya, ada badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Cancer Survivor Malaysia (CSM) telah membantu Encik Zulkarnain bagi melangsaikan hutang-hutang tersebut.

Selain dari bil elektrik, Encik Zulkarnain juga selalu mengalami kesukaran untuk membayar sewa rumah tepat pada masanya dan bagi kesusahan yang lain, hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya.

Oleh sebab itu, Encik Zulkarnain tidak lagi mengharap gaji yang diperolehinya apabila dia berkerja di bawah orang lain. Encik Zulkarnain memasang hajat untuk meneruskan perniagaan isteri yang dahulunya menjual daging perap di rumah.

Setelah mendengar dan memahami situasi yang dialami Encik Mohd Zulkarnain Bin Mohd Talib dan keluarganya, maka Pertubuhan Jariah Qaseh menyeru orang ramai untuk melampangkan sedikit kesukaran yang dialami oleh saudara kita ini.

Pada hari Jumaat yang penuh dengan limpahan barakah daripada Allah S.W.T, anda boleh menyalurkan sedikit bantuan kepada yang memerlukan menerusi:

PERTUBUHAN JARIAH KASIH – 552107617521‬ (Maybank) & 552107634719 (Maybank)

Sekecil nilai bantuan yang disalurkan dapat memberikan kelapangan kepada saudara kita yang memerlukan untuk melengkapkan keperluan asas dalam kehidupan.

BACA: Marathon Setiap Hari Selama Setahun, Lelaki Lari Sejauh 15,300 Km Kumpul Dana Amal RM 5 Juta

Sumber: Natipah Abu via Facebook

The post Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Hidap Jantung Berlubang, SLE & Menderita Kanser, Ibu Ini Perlukan Sumbangan Anda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*