Homebois Dan Team SMG Mewakili Malaysia Ke Kejohanan Dunia M5 2023 Di Manila

Kejohanan Dunia M5

KUALA LUMPUR, 27 November – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) dan MOONTON Games telah mengadakan sidang media bersama pada hari ini untuk menyambut penutupan M5 Wild Card yang berlangsung di Malaysia, dan untuk menghantar pasukan esukan profesional negara yang akan bertanding di Kejohanan Dunia M5. Yang Berhormat Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan secara rasmi melepaskan pasukan profesional Mobile Legends: Bang Bang untuk bertanding di Kejohanan Dunia M5; dengan majlis pelepasan julung kalinya diadakan di Dewan Serbaguna Parlimen Malaysia.

Pelepasan atlet esukan profesional Malaysia di Parlimen ini merupakan satu acara mercu tanda dalam pembangunan esukan negara. Majlis ini juga merupakan satu pengiktirafan pembangunan ekosistem esukan Malaysia, hasil daripada penyertaan langsung KBS untuk menggerakkan ekosistem ini sejak tahun 2019 lagi.

Atlet esport Malaysia diraikan di Parlimen buat julung kalinya. Acara pelepesan ini merupakan satu acara mercu tanda bagi pembangunan ekosistem esukan Malaysia, yang merupakan hasil penglibatan langsung KBS dalam menggerakkan ekosistem ini sejak tahun 2019 lagi. Pada tahun ini, esukan telah berjaya disenaraikan sebagai salah satu daripada 103 sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Esports perlu berkembang dalam persekitaran yang positif dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Rakan Muda; di mana promosi sukan esukan boleh dianjurkan untuk belia pelbagai kaum lantas bergerak seiring dengan aktiviti mengalakkan perpaduan serta pembinaan negara.

Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, berkata: “Tahniah kepada pasukan Homebois dan Team SMG kerana berjaya menempatkan diri ke Kejohanan M5. Ucapan tahniah ini bukan hanya untuk para atlet sahaja, malah tahniah juga diucapkan kepada keseluruhan pasukan termasuklah jurulatih dan pengurus yang telah merangka strategi yang ampuh, serta para penyokong yang tidak jemu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dalam membantu kedua-dua pasukan untuk terus melakukan yang terbaik. Tunjukkan kepada dunia semangat juang dan kemampuan anak Malaysia!”

Kejohanan Dunia M5

“KBS dan ESI komited dalam meningkatkan lagi kerjasama dengan penerbit permainan seperti Moonton Games untuk memangkin ekosistem esukan yang rancak dan mampan di Malaysia,” tambah beliau lagi.

“Tanpa sokongan dari semua pihak, kita tidak akan sampai sejauh ini,” kata Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MOONTON Games. “Tahun ini, dalam Sukan SEA ke-32 dan acara- acara ekosistem pihak ketiga lain, Malaysia telah berjaya membawa pulang pingat. Pada tahun 2024, kita ingin membuka lebih banyak peluang bagi rakan-rakan dan penggiat ekosistem, untuk bekerjasama dengan kami dalam mengangkat industri esukan mudah alih. Kami mempunyai pelbagai rancangan menarik pada tahun 2024, dan kami berharap lebih ramai akan menyertai usaha kami untuk menjadi yang terbaik.”

Kejohanan Dunia M5

Team SMG dan HomeBois akan bersaing di Kejohanan Dunia M5 yang akan berlangsung di Manila, Filipina. Kedua-dua pasukan Malaysia ini akan bersaing dengan empat belas pasukan antarabangsa lain untuk mendapatkan sebahagian besar daripada hadiah wang tunai sebanyak USD 900,000.00, serta merangkul gelaran pasukan Mobile Legends: Bang Bang terbaik di dunia.

Wakil-wakil negara ini telah layak melalui Musim 12 MPL Malaysia, sebuah liga esukan profesional yang memberi peluang kepada pasukan esukan komuniti dan profesional untuk bersaing di peringkat global, atau mewakili Malaysia dalam acara pingat. Pada Sukan SEA ke-32 tahun ini, pasukan esukan MLBB negara meraih pingat perak dalam Kejohanan Lelaki.

 Untuk makluman lanjut mengenai Mobile Legends: Bang Bang, sila ke pautan di bawah atau muat turun permainan di App Store dan Play Store.

The post Homebois Dan Team SMG Mewakili Malaysia Ke Kejohanan Dunia M5 2023 Di Manila appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*