Ronaldo Dan Mane Segak Bergaya Pakai Busana Tradisional Arab Saudi

ronaldo dan mane

Ronaldo Dan Mane Segak Bergaya Pakai Busana Tradisional Arab Saudi

Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan Al-Nassr kelihatan bergaya memakai pakaian tradisional Arab Saudi sambil menghunus pedang dalam sebuah video tular, lapor Daily Mail.

Ronaldo, 38, telah berpindah ke Arab Saudi pada Disember tahun lalu dan menetap di Timur Tengah sejak dari itu.

Penyerang Portugal itu telah berjaya menjaringkan tujuh gol daripada lima perlawanan pembukaan musim Liga Pro Saudi.

Beliau juga berjaya dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas ketika pasukannya berjaya merangkul Piala Juara Kelab Arab.

Beliau dilihat berjaya menyesuaikan dirinya di Saudi dan di luar padang dengan berjaya seperti penampilan terbarunya dalam video ringkas tersebut.

Bintang Portugal itu bersama rakan sepasukan seperti Sadio Mane dan Talisca dilihat muncul berpakaian tradisional Arab Saudi ketika mereka menari bersama di penghujung video.

Klip yang di muat naik ke akaun media sosial Al-Nassr memaparkan tiga kanak-kanak berjalan di sekitar stadium kelab.

Pada penghujung video, Ronaldo muncul di samping Mane lengkap memakai bisht hitam dan jubah putih.

Kredit Twitter

Manakala bekas bintang Liverpool itu memakai bisht emas dan krim dengan jubah putih.

Kredit Twitter

Selain itu, Marcelo Brozovic, Otavio, Talisca dan Alex Telles turut dilihat berada di dalam rakaman video tersebut.

“Semua bersama, untuk satu bendera. Kami mengimpikan dan capai,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.

Video itu dikatakan dibuat bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Saudi pada hari Sabtu ini.

Al-Nassr adalah salah satu daripada beberapa pasukan yang tidak beraksi pada malam Khamis, sebagai sebahagian daripada jadual padat di Liga Pro Saudi.

Pada malam itu, N’Golo Kante telah membuka jaringan buat Al-Ittihad dengan sepakan jarak jauh.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Keputusan pada malam itu memihak kepada Al-Ittihad dengan jaringan 2-1 pada perlawanan malam Khamis lalu.

Pemain tengah Perancis itu telah berpindah ke pasukan Saudi pada bulan Jun lalu. Kemenangan pasukannya pada malam itu adalah sangat penting bagi kedudukan liga.

Sementara itu, Neymar yang bermain untuk Al -Hilal terpaksa akur dengan keputusan 1-1 ketika menentang Damac FC.

Bekas bintang Barcelona dan PSG itu tidak dapat membuat perubahan untuk pasukannya.

Sumber: Daily Mail

The post Ronaldo Dan Mane Segak Bergaya Pakai Busana Tradisional Arab Saudi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*