Shuib, Watie Nikah 23 Jun Ini

shuib watie nikah

Shuib, Watie Nikah 23 Jun Ini

Pelakon dan penyampai radio, Shuib dilapor akan bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada 23 Jun depan.

Memetik Awani, Astro dikatakan akan menyiarkan sebuah program khas ‘Walimatulurus Shuib & Watie’ buat bakal suami isteri.

Memunggah di ruangan Instagram, Watie juga dilihat melakukan sesi ‘countdown’ bermula Mei lalu.

Another 1 month to go…” katanya.

Minggu lalu, Watie turut membuat kemaskini, memuat naik gambar menghadiri kursus perkahwinan.

“Peserta Tertua. Takpelah kata orang, yang lambat itu selalunya sebab Allah nak bagi yang terbaik dan yang paling tepat,” tulis kapsyen itu.

Shuib & Watie Selamat Bertunang

Sebelum ini, media melaporkan Shuib telah selamat bertunang dengan Watie Hanifah dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Shuib berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram Astro Gempak.

“Assalamualaikum, Shuib ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.

“Saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. Doakan tau..,” katanya.

Majlis pertunangan tersebut menyaksikan Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan. Manakala, Watie pula membalas lima dulang hantaran berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.

Berdebar masuki fasa suami

Dalam temu bual sebelum ini, Shuib berkata dirinya berasa berdebar untuk memasuki semula fasa bergelar suami selepas kehilangan isterinya Allahyarham Siti Sarah dua tahun lalu.

Shuib turut mengatakan dirinya memerlukan sistem sokongan yang kuat untuk keluarga dan juga anak-anaknya.

“Sudah tentu berdebar, bila saya tengok anak-anak memang saya perlu seseorang untuk berada di samping saya. Kita tahu kebolehan kita, kemampuan kita, bila mana ada orang sudi untuk sama-sama, itu satu pemberian oleh Allah.

“Kita nak yang baik-baik ke depan, harapnya dipermudahkan. Saya tak reti sebenarnya sendiri,” ujarnya.

Shuib sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.

Allahyarham Siti Sarah dilaporkan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 lalu akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Sumber: Awani, iamwatie/Instagram

BACA: “Kini Sudah 30 Peratus..” Shuib, Watie Nikah Jun Ini

The post Shuib, Watie Nikah 23 Jun Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*