Polis Tahan Lelaki Ugut Menteri Pendidikan Di Media Sosial

lelaki ugut menteri pendidikan

Polis Tahan Lelaki Ugut Menteri Pendidikan Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Seorang lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 28 tahun itu, yang disyaki pemilik atau pengendali akaun Twitter @syahmisufi8, ditahan di Setapak.

Beliau berkata kes itu masih di peringkat siasatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan setakat ini, terdapat empat laporan polis diterima berhubung isu yang sama.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna serta prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama yang melibatkan keselamatan dan kegentaran awam ketika menggunakan media sosial,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily berkata suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA: Boleh Jimat Duit, Lelaki Ajar Cara Mudah Buat “Wetfood” Untuk Kucing Di Rumah

Sumber: BERNAMA

The post Polis Tahan Lelaki Ugut Menteri Pendidikan Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*