Piala Asia: Konsert Coldplay Berkemungkinan ‘Kacau’ Jumlah “Seat” Penyokong Harimau Malaya Di Bukit Jalil

konsert coldplay harimau malaya

Piala Asia: Konsert Coldplay Berkemungkinan ‘Kacau’ Jumlah “Seat” Penyokong Harimau Malaya Di Bukit Jalil

Penyokong Harimau Malaya berkemungkinan tidak dapat memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 susulan daripada konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung pada 22 November ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Amin meluahkan kekecewaannya selepas mendapati konsert Coldplay bakal diadakan sehari selepas pasukan Harimau Malaya bermain di venue yang sama.

“Kita ada kontrak dengan PSM yang menyatakan bahawa stadium perlu sentiasa tersedia untuk perlawanan dalam kalender FIFA bagi pasukan Harimau Malaya. Sebelum dia nak mengadakan (konsert) mesti memaklumkan pada kita. Kalau ini sentiasa terjadi, tak perlulah kita tandatangan kontrak dengan PSM,” kata Datuk Hamidin semasa ditemu bual.

Menurutnya, Menteri Belia dan Sukan sudah dimaklumkan berkenaan perkara tersebut dan telah mendapat jalan penyelesaiannya.

Tambahnya, keputusan muktamad akan dibuat sejurus selepas undian bagi Piala Asia pada Julai akan datang.

“Saya dah dapat penyelesaian dengan YB Menteri bahawa kita tunggu cabutan daripada Piala Asia. Sata telah membuat beberapa persiapan kalau perlawanan pada 21 November itu terjadi bermain di sini, kita akan cuba buat rayuan pada pihak FIFA,” ujarnya lagi.

Perkara yang sama mungkin bakal terjadi untuk Harimau Malaya sewaktu perlawanan separuh akhir piala AFF pada 7 Januari lalu apabila sebanyak 21,000 sahaja tempat duduk penyokong dibuka gara-gara persiapan konsert Jay Chou.

Empat Tahun Awal, Menteri Dedah Konsert Jay Chou Dah Tempah Stadium Dari 13 Mac 2019

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah tampil memberikan perkembangan terkini berkenaan isu 21,000 tempat duduk. Semasa perlawanan AFF Suzuki Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut ciapannya di Twitter, tempahan stadium untuk konsert Jay Chou World Tour telah dibuat pada 13 Mac 2019 iaitu, kira-kira empat tahun lalu.

Berbeza pula dengan Piala AFF 2022. Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya membuat tempahan stadium tersebut pada 18 Ogos 2022, sekitar tiga bulan lepas.

Selain itu, Hannah turut menjelaskan bahawa konsert tersebut memerlukan masa persiapan selama 14 hari.

Ini termasuklah beberapa persiapan seperti pemasangan pentas yang memerlukan tenaga kerja sehingga 500 kru.

Proses persiapan ini juga melibatkan tambahan 185 kru antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu.

Sumber: TikTok via @harimaumalaya_hm

The post Piala Asia: Konsert Coldplay Berkemungkinan ‘Kacau’ Jumlah “Seat” Penyokong Harimau Malaya Di Bukit Jalil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*