Guna IUD Untuk Rancang Keluarga? Awas, Ini 7 Simptom Ia Perlu Dibuang!

simptom iud perlu dibuang

Guna IUD Untuk Rancang Keluarga? Awas, Ini 7 Simptom Ia Perlu Dibuang!

Pada zaman sekarang ini, terdapat ramai pasangan suami isteri yang belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata. Mungkin mereka mahu pastikan keadaan kewangan mereka stabil untuk membesarkan anak. Mungkin juga mereka rasa tidak sedia kerana mempunyai masalah yang tertentu.

Mereka juga mungkin sudah mempunyai seorang anak dan mahu membesarkan anak pertama mereka dulu sebelum mempunyai anak yang kedua. Jadi, pasangan ini berkemungkinan untuk melakukan perancangan keluarga supaya isteri tidak hamil di luar jangkaan.

Selain daripada mengambil pil perancang ataupun memakai kondom, terdapat juga para isteri yang menggunakan IUD untuk mencegah kehamilan mereka. Tetapi, tahukah anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan IUD anda untuk dibuang?

Ikuti perkongsian Hello Doktor ini untuk penjelasan lanjut.

Apa itu IUD?

Intrauterine Device (IUD) adalah alat pencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita bertujuan menghalang kehamilan luar jangkaan daripada berlaku.

Buat anda yang mungkin belum tahu tentang kewujudan alat ini, ia mempunyai bentuk seakan huruf ‘T’ dan diperbuat daripada bahan-bahan berunsur plastik.

Secara umumnya, terdapat 2 jenis IUD yang utama iaitu:

  • Copper – Alat yang disaluti tembaga ini akan menyebabkan rahim dan tiub fallopio secara tidak langsung menghasilkan cecair yang boleh merosak atau membunuh sperma
  • Mirena – Alat yang mengandungi hormon progesteron ini akan membuat mukus dan serviks menebal dan melekit agar sperma tidak dapat tembus ke rahim lalu merosak dan membunuh sperma

Sebelum memutuskan untuk menggunakannya, anda perlu tahu bahawa alat ini sangat berisiko tinggi kerana ia akan dipasang di dalam rahim wanita.

Sebaiknya, anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat tentang kaedah kontraseptif yang terbaik buat kalian berdua.

Bagaimana pasang IUD?

Gambar via Hello Doktor

Jika anda dan pasangan sudah nekad untuk pasang IUD selepas mendapat saranan doktor, berikut adalah prosedur standard yang perlu dilakukan:

  • Setelah melakukan pemeriksaan pelvis, doktor akan meletakkan antiseptik pada faraj. Dengan menggunakan aplikator khas, IUD akan dimasukkan melalui serviks
  • Setelah IUD sampai di bahagian atas rahim, doktor akan mengembangkannya menjadi bentuk ‘T’. Pada masa itu, anda mungkin mengalami sedikit kekejangan
  • Doktor akan memotong talinya mengikut kepanjangan yang bersesuaian dan tali itu akan tergantung ke bawah melalui serviks ke faraj

Prosedurnya adalah cukup mudah dan hanya akan memakan masa beberapa minit namun wanita mungkin mengalami sedikit pendarahan atau kesakitan selepas beberapa minggu ia dimasukkan.

Dalam pada itu, ketahuilah bahawa ia mungkin tidak boleh kekal selama-lamanya di dalam rahim anda ya!

Ada beberapa sebab kena buang IUD!

Gambar via Hello Doktor

Untuk pengetahuan anda, alat pencegah kehamilan ini mampu bertahan di dalam tubuh badan wanita selama sekitar 3 ke 10 tahun bergantung kepada jenisnya.

Sepanjang tempoh ia berada di dalam rahim, maka risiko kehamilan luar jangkaan berlaku mampu diturunkan ke tahap yang sangat rendah dan hampir mustahil.

Namun ada beberapa perkara yang menyebabkan anda perlu buang IUD, termasuklah:

  • Ia telah mencapai tarikh luput penggunaan
  • Ia telah mengalami kerosakan yang teruk
  • Ia telah terkeluar daripada rahim secara tidak sengaja
  • Anda mengalami kesan sampingan seperti pendarahan, kesakitan atau sakit kepala kronik
  • Anda menghidapi jangkitan penyakit kelamin (STD)
  • Anda memutuskan untuk mengandung secara normal
  • Anda telah hamil walaupun IUD berada dalam rahim
Sekiranya salah satu perkara ini terjadi kepada anda, maka segera beritahu pasangan dan berjumpa doktor untuk membincangkan cara buang IUD ini.

Sebenarnya, tiada apa yang wanita perlu risau kerana buang IUD atau alat pencegah kehamilan ini daripada rahim adalah kurang sakit berbanding ketika memasangnya.

Cuma anda dan pasangan mungkin perlu mengelak daripada melakukan hubungan seks selama seminggu selepas prosedur dijalankan.

Ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada mengandung tanpa sengaja dan mendapat komplikasi lain selepas prosedur membuang IUD dijalankan.

Jadi, adakah kaedah perancangan keluarga ini selamat?

Walaupun terdapat beberapa risiko yang dibawa melalui penggunaan alat pencegahan kehamilan ini, ketahuilah bahawa ia masih selamat digunakan!

Pun begitu, ia bukanlah merupakan pilihan terbaik buat semua wanita terutamanya jika kalian mempunyai keadaan kesihatan seperti berikut:

Oleh itu, sila buat keputusan dengan bijak dan berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu sebelum mula melakukan prosedur pasang IUD atau buang IUD ya?

Sumber: Hello Doktor

BACA JUGA: Kebaikan Peluk Orang Tersayang, Ada Banyak Kebaikannya Tau!

The post Guna IUD Untuk Rancang Keluarga? Awas, Ini 7 Simptom Ia Perlu Dibuang! appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*