Polis bukan lagi kerjaya pilihan di UK

LONDON: Kerjaya sebagai anggota polis bukan lagi menjadi pilihan sebagai karier yang menjamin masa depan disebabkan pemberhentian sukarela yang meningkat tiga kali ganda sejak sedekad lalu.

Lapor Daily Mail, seramai 1,158 anggota polis di United Kingdom (UK) meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam tersebut bersamaan 18 peratus sejak 2012.

Angka itu bertambah 42 peratus iaitu bersamaan 3,433 anggota polis tahun ini.

Perkembangan mengejutkan itu sekali gus memberi tamparan hebat terhadap manifesto 2019 oleh bekas Perdana Menteri, Boris Johnson yang menjanjikan 20,000 kekosongan penjawatan.

Susulan itu, lebih 1,800 pekerja dilantik bagi menambah bilangan anggota polis dengan jumlah keseluruhan sebanyak 15,000 orang menerusi program Police Uplift yang mencecah kos 3.6 bilion pound (RM19 bilion).

Antara sebab dikenal pasti adalah suasana budaya kerja lama yang masih dipraktiskan sejak 30 tahun lalu, selain terpalit dengan beberapa skandal.

Pemberhentian pekerja secara besar-besaran itu menunjukkan satu pertiga daripada anggota polis hanya mempunyai pengalaman kerja kurang dari tiga tahun.

Sehingga kini, tiga puluh pasukan dalam perkhidmatan polis di England dan Wales membuka peluang pekerjaan baharu.

Pakar dari Universiti Portsmouth, Prof. Sarah Charman turut bersetuju dengan kenyataan anggota polis yang berhenti kerja disebabkan budaya buruk di tempat kerja hasil temu ramah dengan 100 responden.

Disebabkan itu, jelasnya, mereka berasa kecewa sehingga memberi kesan terhadap kualiti pekerjaan mereka, sedangkan, ia pernah dianggap sebagai kerjaya yang menjamin masa depan.

“Sikap pegawai yang berhenti kerja boleh digantikan pada bila-bila masa perlu diubah.

“Sebab lain juga termasuk pemotongan gaji 20 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

The post Polis bukan lagi kerjaya pilihan di UK appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*