Huawei Lancar Pengecas EV Ultra Pantas, Dakwa Mampu Cas 1 Saat/1km

Huawei Lancarkan Pengecas EV

Huawei Lancar Pengecas EV Ultra Pantas, Dakwa Mampu Cas 1 Saat/1km

Huawei Technologies dilapor merancang untuk memasang sehingga 100,000 stesen pengecas EV di China tahun ini.

Menurut Nikkei Asia, unit-unit pengecas yang dipasang termasuklah pengecas yang diiklankan dua kali lebih pantas daripada pengecas super Tesla.

Malah, pengeas ultra pantas yang didakwa mampu mengecas 1saat bersamaan 1 kilometer itu juga sudah dipasang di kawasan tempar letak kereta di sebuah pusat beli belah di Shenzen.

Pada bahagian depan stesen pengecasan berkenaan, tertera simbol 600kW yang terletak di bawah logo Huawei.

Memetik Nikkei Asia, pengecas ultra pantas itu dibangunkan oleh anak syarikat Huawei Digital Power.

Sebelum ini, Ketua Huawei Digital Power, Liu Dawei berkata, terdapat keperluan untuk menghasilkan pengecas yang mampu mengesas 1 saat/1km.

Ia membolehkan pengguna EV merasai pengalaman penggunaan seperti menggunakan kereta enjin pembakaran bahan api.

Jika benar dakwaan Huawei, pengecasan penuh sebuah EV yang menggunakan bateri sebesar 80/kW/j dengan jarak perjalanan 600km hanya memerlukan masa selama 8 minit sahaja.

Bagaimanapun, tempoh sebenar pengecasan dijangka akan dipengaruhi oleh suhu bateri sewaktu dicaj dan kapasiti semasa bateri berkenaan.

Menurut Nikkei Asia, pengecas dengan output 699kW itu bakal menjadi antara pengecas EV paling berkuasa di dunia.

Sebagai perbandingan, pengecas super Tesla di China hanya memiliki output sebesar 250 kW sahaja.

Jika pengecas super Tesla mampu mengecas 1saat/1km, ia memerlukan masa selama 19 minit untuk sebuah bateri EV dengan kapasiti sama dicas penuh.

Pengecas ultra Huawei ini juga dikatakan sesuai untuk semua model EV termasuk Tesla.

Dalam pada itu, meningkatkan output pengecasan akan meningkatkan jumlah haba yang dihasilkan.

Huawei berkata, mereka mengatasi masalah itu menggunakan teknologi cecair penyejuk. Manakala kebanyakan pengecas EV ketika ini pula menggunakan teknologi kipas penyejuk.

Ketika ini, terdapat lebih 2.7 juta pengecas EV awam di China dan jumlah berkenaan dijangka meningkat sebanyak 40 peratus menjelang hujung 2024.

Bagaimanapun, hanya sebahagian daripada pengecas-pengecas berkenaan menyokong pengecasan pantas.

Tegas Huawei, jumlah berkenaan adalah tidak mengcukupi jika mengambil kira perkembangan pasaran EV semasa.

 

BACA: Kenapa Tesla Lebih Popular Berbanding EV Jenama Lain? Ini Jawapan ‘Abang Kakak’ Kena Tahu

Sumber: Nikkei Asia

The post Huawei Lancar Pengecas EV Ultra Pantas, Dakwa Mampu Cas 1 Saat/1km appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*